• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU-15: PH Kemuka 10 Tawaran

oleh AK-47
02/11/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PRU-15: PH Kemuka 10 Tawaran
Share on FacebookShare on Twitter

Klang : Pakatan Harapan (PH) menggariskan 10 keutamaan untuk direalisasikan segera, antaranya membabitkan kos sara hidup, memerangi rasuah dan memperkasa wilayah Sabah dan Sarawak, sekiranya mendapat mandat membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keutamaan itu bermatlamat menjamin kesejahteraan rakyat secara menyeluruh menerusi pertumbuhan ekonomi, memulihkan keyakinan umum menerusi pentadbiran beramanah dan menyediakan negara untuk berdepan pelbagai cabaran masa depan.

“Tempoh untuk melaksanakan 10 keutamaan adalah secara berperingkat dan bergantung kepada keupayaan kewangan negara, tawaran kali ini telah dibahaskan dengan teliti dan dikaji dari segi implikasi kewangan sepenuhnya dan mengambil kira tuntutan daripada rakyat dan bukan bersifat populis,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan 10 Tawaran Utama PRU-15 PH di sini, hari ini.

Turut hadir Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Tawaran berkenaan turut melibatkan pemerkasaan peluang ekonomi belia; menyelamatkan generasi tercicir dalam pendidikan; membina ketahanan bencana dan memantapkan perlindungan; menangani isu doktor kontrak dan menjamin kebajikan penjawat kesihatan; menghapuskan isu ketaksamaan gender dan memperkasa sosioekonomi wanita; meningkatkan daya saing rakyat dan memelihara khazanah alam.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Presiden PKR menyeru pengundi memberikan kemenangan selesa kepada PH untuk membentuk kerajaan iaitu tanpa memerlukan kerjasama parti di luar gabungan tersebut.

Katanya, ini supaya tawaran PH itu dapat dijalankan dengan jayanya tanpa sebarang halangan.

Ditanya sama ada tawaran berkenaan mampu dilaksanakan dan tidak berakhir seperti manifesto PH pada PRU yang lepas, Anwar menjawab, “kali ini pengerusi dia Anwar”.

“Saya menyeru agar pengundi atas pagar memberi kami mandat supaya kami bebas untuk melaksanakan keutamaan ini dan tidak berdepan sebarang halangan selepas pilihan raya,” katanya.

-Harian Metro

Tags: PHPRU-15tawaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kenyataan ‘Meraikan’ Boleh Jejas Kerjasama PH, BN Dalam Kerajaan MADANI – Kian Ming

Kenyataan ‘Meraikan’ Boleh Jejas Kerjasama PH, BN Dalam Kerajaan MADANI – Kian Ming

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Kenyataan 'meraikan' yang ditulis bekas Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin dalam...

‘Tanya Dia, Dia Bagi Kat Siapa Duit Tu’, Reaksi Sanusi Kepada Dakwaan Marzuki

‘Tanya Dia, Dia Bagi Kat Siapa Duit Tu’, Reaksi Sanusi Kepada Dakwaan Marzuki

17/09/2025
0

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan beliau tidak pasti pihak mana yang menerima dana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd