• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU-15: Ahmad Zahid Dakwa 35 Projek Untuk Rakyat Bagan Datuk Dibatalkan

oleh AK-47
09/11/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PRU-15: Ahmad Zahid Dakwa 35 Projek Untuk Rakyat Bagan Datuk Dibatalkan
Share on FacebookShare on Twitter

Bagan Datuk : Penyandang kerusi Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa 35 projek pembangunan untuk rakyat kawasan itu ditangguhkan ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata, alasan yang beliau terima susulan pembatalan projek di kawasan berkenaan kerana kekangan kewangan.

Justeru, beliau kecewa dengan tindakan pihak lawan yang sanggup berkomplot untuk menzalimi masyarakat Bagan Datuk.

“Selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), musuh BN ini bersepakat membatalkan 10 projek pembangunan utama di Bagan Datuk. Sebanyak 25 lagi projek pembangunan untuk rakyat Bagan Datuk ditangguhkan secara tiba-tiba.

“Alasan dibatalkan kerana implikasi kewangan amat menyakitkan hati kita semua, tetapi apakan daya. Seolah-olah tiada nilai Bagan Datuk serta masyarakatnya di mata mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menjelaskan status projek yang sepatutnya dilaksanakan di Parlimen Bagan Datuk yang disandangnya selama lima penggal, Ahmad Zahid berkata ia adalah rancangan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

Menurut bekas Timbalan Perdana Menteri itu, pelan projek itu sudah diteliti, dinilai kos dan manfaatnya oleh kerajaan BN sebelum tewas di tangan PH pada PRU14.

“Bagan Datuk diiktiraf sebagai daerah baharu ke-12 di Perak pada 2017 iaitu sebelum musuh BN mengambil alih kerajaan melalui fitnah dan tipu daya.

“Sejak menjadi daerah baharu di Perak, pelbagai pembangunan telah dirancang oleh kerajaan BN, membabitkan peruntukan berbilion ringgit yang diperuntukkan untuk penduduknya.

“Namun, gara-gara anasir politik musuh BN jadi tidak berperikemanusiaan. Sanggup batalkan dan tangguh projek pembangunan lain di daerah tercinta kita,” katanya.

Oleh sebab itu, Ahmad Zahid mengajak rakyat Bagan Datuk tanpa mengira sentimen politik untuk bangkit pada hari pengundian, 19 November depan bagi memulangkan paku buah keras atas kezaliman musuh dari luar yang datang berbondong-bondong masuk ke Bagan Datuk.

“Kita sepakat memberi kemenangan besar kepada BN pada PRU kali ini, supaya mereka tahu erti penyesalan kerana pernah menganiaya dan menzalimi Bagan Datuk.

“Ia sekali gus terus mempertahankan kemakmuran dan kesejahteraan di Bagan Datuk dan Malaysia keseluruhannya,” katanya.

-Harian Metro

Tags: Ahmad Zahid HamidiBagan DatukprojekPRU-15
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

63 Ahli Bersatu Keluar Parti, Sertai UMNO

Next Post

PRU15: 22 Kertas Siasatan Dibuka, 4 Tangkapan Sepanjang Kempen

Related Posts

Kemenangan DUN Mahkota Bukti Rakyat Terima Pentadbiran Anwar Ibrahim – Zahid

Kemenangan DUN Mahkota Bukti Rakyat Terima Pentadbiran Anwar Ibrahim – Zahid

28/09/2024
0

KUALA LUMPUR : Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) sekali gus mengekalkan penguasaan gabungan parti itu di Dewan Undangan Negeri (DUN)...

‘Saya Tak Akan Jadi Pengkhianat’

UMNO Harap Kembali Dominan, Bebas Pilih Rakan Kongsi Politik – Zahid

23/08/2024
0

KUALA LUMPUR: UMNO berharap untuk kembali menjadi parti dominan dan bebas memilih mana-mana parti menjadi rakan kongsi politik yang dapat...

Next Post
PRU15: 22 Kertas Siasatan Dibuka, 4 Tangkapan Sepanjang Kempen

PRU15: 22 Kertas Siasatan Dibuka, 4 Tangkapan Sepanjang Kempen

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd