• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PN Pahang Sedia Serah Jawatan MB Kepada BN

oleh Mohd Arshad
27/11/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PN Pahang Sedia Serah Jawatan MB Kepada BN
Share on FacebookShare on Twitter

LIPIS – Perikatan Nasional (PN) Pahang sedia berkompromi dengan menyerahkan jawatan Menteri Besar kepada Barisan Nasional (BN) dalam usaha merealisasikan pembentukan kerajaan negeri melalui kerjasama antara BN dan PN.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, bagaimanapun BN perlu memenuhi beberapa syarat dan tuntutan selari dengan kekuatan PN yang menang 17 kerusi berbanding BN yang memperoleh 16 kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurutnya, antara tuntutan itu ialah tiga daripada lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan diberi kepada PN dan jumlah exco yang sama banyak serta speaker DUN menjadi milik PN.

“Saya yakin Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang mewakili BN Pahang mungkin akan mempertimbangkan syarat kita yang ingin dibuktikan di Pahang.

“Insya Allah sinar harapan itu ada di mana-mana, PN Pahang bersedia berkompromi sebagai model penyatuan ummah dan Pahang dijadikan model,”katanya pada majlis jamuan kesyukuran rakyat DUN Cheka di Dataran Kerambit di sini semalam.

PRU15 lalu menyaksikan Pahang merekodkan sejarah buat kali pertama apabila gagal menubuhkan kerajaan negeri selepas mana-mana parti tidak memperolehi majoriti menyaksikan PN menang 17 kerusi manakala BN menang 16 kerusi dan Pakatan Harapan (PH) mendapat lapan kerusi.

Susulan itu juga berlaku perbincangan antara wakil PH dan wakil PN dengan Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, namun sehingga kini tiada keputusan dibuat.

Menurut Tuan Ibrahim, selepas PRU15, kekuatan parti di Pahang hampir seimbang yang mana tidak ada mana-mana parti boleh menubuhkan kerajaan kecuali melalui sokongan daripada parti lain.

“Oleh itu permuafakatan politik PN dan BN dalam Muafakat Nasional merupakan jalan terbaik demi perpaduan ummah dan kestabilan di negeri ini.

“PN bersedia bertolak ansur menyerahkan kerusi Menteri Besar kepada BN walaupun kita menang lebih satu kerusi yang diberi mandat oleh pengundi,”ujarnya.

-Kosmo Online

Tags: BNmbPNPN Pahang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Diesel Negara Jiran Kini Lebih Rendah Berbanding Malaysia – Takiyuddin

Harga Diesel Negara Jiran Kini Lebih Rendah Berbanding Malaysia – Takiyuddin

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga diesel di negara jiran iaitu Thailand, Indonesia dan Vietnam kini lebih rendah berbanding Malaysia yang merupakan...

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd