• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Penyandang Digugur UMNO Sukar Pertahan Kerusi’

oleh AK-47
18/11/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
‘Penyandang Digugur UMNO Sukar Pertahan Kerusi’
Share on FacebookShare on Twitter

Tokoh Umno Shahrir Samad menjangkakan penyandang kerusi Parlimen BN yang digugurkan dan kemudiannya bertanding bebas pada PRU15 akan berdepan kesukaran untuk mempertahankan kerusi mereka.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Umno Johor Bahru itu berkata Umno juga tidak akan menerima mereka semula selepas ini.

“Saya tidak tahu yang sebenar-benarnya, tapi secara umumnya mereka akan berdepan kesukaran,” katanya ketika ditemui selepas program kempen calon BN bagi Parlimen Johor Bahru, Johan Ariffin Ropi, malam tadi.

“Tapi tentunya panglima-panglima parti ini ada wang, yang merupakan soal penting dalam pilihan raya.

“Kita tak akan begitu terdesak (untuk terima mereka kembali). Mereka telah dipecat dan kita akan bergerak dengan apa yang kita ada,” katanya lagi.

Langkah BN merombak barisan calonnya di Perlis menyaksikan dua pemimpin senior di negeri itu, iaitu Shahidan Kassim dan Zahidi Zainul Abidin, masing-masing digugurkan daripada bertanding di Arau dan Padang Besar.

Shahidan kemudian bertanding di Arau menggunakan tiket PN manakala Zahidi bertanding di Padang Besar, dan juga DUN Titi Tinggi, sebagai calon bebas.

Di Pahang, penyandang kerusi Parlimen Maran selama empat penggal, Ismail Abd Muttalib turut digugurkan dan kemudian bertanding di situ di bawah PN.

Bagi Shahrir, keadaan hari ini berbeza dengan semasa di mempertahankan kerusi Parlimen Johor Bahru sebagai calon bebas dalam PRK 1988, yang tercetus selepas tindakannya meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen di situ.

Ketika itu, Shahrir dipecat dari Umno tidak lama sebelum berlakunya krisis kehakiman pada tahun itu.

Dia kemudian kembali kepada Umno pada 1989 dan tidak bertanding dalam tiga PRU. Dia hanya kembali sebagai ahli parlimen Johor Bahru selepas PRU 2004 dan kekal sehingga 2013.

Umno angkat pemimpin muda

Terdahulu dalam ucapannya, Shahrir berkata Umno tidak lagi mengikut kelaziman terdahulu iaitu dengan mengangkat pemimpin di Johor, sebaliknya memberi laluan kepada golongan yang lebih muda.

Katanya, ia bermula dengan pemilihan Onn Hafiz Ghazi sebagai menteri besar.

“Ini sendiri mencerminkan keperluan segera untuk Umno berubah. Kita tak seharusnya teruskan saja amalan biasa.

“Dan pastinya Adun Umno yang baru kebanyakannya muda dan baru, dan pada akhirnya, kita ada majoriti yang sangat kuat,” katanya.

-Malaysia Kini

Tags: kerusiPenyandangPRU-15UMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - "Mari kita duduk berdua dulu tentukan apa yang boleh di capai kesepakatan terutama antara UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd