• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PBRS Pula ‘Langgar’ Calon GRS Di Ranau

oleh AK-47
05/11/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PBRS Pula ‘Langgar’ Calon GRS Di Ranau
Share on FacebookShare on Twitter

RANAU – Pertembungan lima penjuru di Parlimen Ranau menyaksikan calon Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) menentang calon yang diketengahkan sekutu mereka daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ewon Ebin dari PBRS muncul pada proses penamaan calon yang berlangsung di Dewan Masyarakat Ranau sebelum beliau disahkan sebagai salah seorang calon di Parlimen berkenaan.

Beliau akan menentang calon GRS yang juga penyandang kerusi berkenaan, Datuk Jonathan Yasin, Taufik Dahlan (Pakatan Harapan), Azizul Julirin (Pejuang) dan Markos Siton (Warisan).

Semakan pada laman rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati Ewon bertanding atas logo PBRS.

Sebelum ini, PBRS yang juga komponen dalam Barisan Nasional (BN) hanya mengetengahkan seorang calon bagi Parlimen Pensiangan iaitu penyandangnya, Datuk Arthur Joseph Kurup.

Sehingga kini, Sinar Harian difahamkan dua Parlimen berlaku pertembungan antara rakan sekutu bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Penyandang Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee disahkan bertanding dan akan berdepan dengan persaingan lima penjuru dalam pilihan raya kali ini.

Beliau akan menentang rakan sekutu daripada BN yang diwakili bekas Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Benedict Asmat.

-Sinar Harian

Tags: GRSPBRSPRU-15Ranau
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

GRS, Rakan Parti, ADUN Bebas Bentuk Kerajaan Sabah Dengan Majoriti Mudah

GRS, Rakan Parti, ADUN Bebas Bentuk Kerajaan Sabah Dengan Majoriti Mudah

30/11/2025
0

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersama rakan parti dan calon Bebas yang menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah...

PRN Sabah: 45 Kerusi GRS Bertembung BN

PRN Sabah: 45 Kerusi GRS Bertembung BN

12/11/2025
0

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bertembung dengan semua kerusi ditandingi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd