• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MCA Mersing Gesa Wee Ka Siong Letak Jawatan

oleh Mohd Arshad
24/11/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
MCA Mersing Gesa Wee Ka Siong Letak Jawatan
Share on FacebookShare on Twitter

MERSING : MCA Bahagian Mersing menggesa Presidennya, Datuk Seri Wee Ka Siong meletakkan jawatan dalam parti sebagai mengambil tanggungjawab atas kekalahan parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusinya, Tan Ah Fatt berkata, keputusan PRU15 yang menyaksikan MCA mengalami kekalahan teruk memberikan isyarat jelas bahawa pengundi Cina sekali lagi menolak MCA.

Katanya, Ka Siong selaku pemimpin nombor satu MCA dilihat menafikan kegagalan beliau dalam memimpin parti itu dengan menolak tanggungjawab kekalahan tersebut kepada Presiden Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

“Wee sekali lagi menunjukkan kemahiran beliau yang hebat, iaitu ‘siam’ (elak dalam Bahasa Hokkien), segala kegagalan itu datang daripada orang lain, manakala segala kejayaan itu datang daripada diri sendiri.

“BN hanya memenangi 30 kerusi. Pemimpin tertinggi parti percaya pengerusi BN dan kepimpinan UMNO gagal dalam kepimpinan dan menggesa Pengerusi BN Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid berundur secara terhormat dalam detik susah yang sedang dihadapi sekarang.

“Mengikut situasi yang sama, parti politik yang mewakili kaum Cina di Malaysia hanya memenangi dua kerusi di 44 kawasan yang majoritinya bukan Cina. Keputusannya sangat teruk. Patutkah Datuk Seri Wee Ka Siong yang menjadi Presiden juga letak jawatan?,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, Ka Siong bukan sahaja gagal memimpin parti dengan hala tuju dan strategi yang jelas selepas pilihan raya, malah meminta Setiausaha Agung, Chong Sin Woon mengeluarkan kenyataan meminta Ahmad Zahid untuk berundur kerana kegagalan BN.

“Takkan beliau tidak perlu menanggung tanggungjwab sepenuhnya atas kegagalan MCA? Pemuda dan MCA Bahagian Mersing secara terbukanya menggesa Presiden Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong, bertanggungjawab atas keputusan pilihan raya umum dan beliau harus meletakkan jawatan!

“Wee Ka Siong harus bertanggungjawab atas kegagalan parti kita hari ini dan berundur secara terhormat untuk memberi laluan kepada generasi baharu menerajui MCA menghadapi hala tuju dan cabaran masa depan!

“Masyarakat Cina hari ini jelas sudah menyatakan pendiriannya, tetapi Presiden secara peribadi masih melanggar kehendak masyarakat Cina dan tindakan ini hanya akan menghancurkan parti MCA,” katanya.

Beliau berkata, sebagai wakil rakyat seharusnya memberikan keutamaan memelihara keharmonian masyarakat majmuk dan kestabilan negara dan bukannya merosakkan semangat BN demi kepentingan peribadinya.

-Utusan Online

Tags: letak jawatanMCAMCA MersingWee Ka Siong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Zahid Tidak Layak Terajui BN – Kredibiliti Terbesar Parti – MCA

Zahid Tidak Layak Terajui BN – Kredibiliti Terbesar Parti – MCA

19/01/2026
0

Tindakan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mendakwa “Terdapat Pasukan B dalam DAP”, kemudian menarik...

Hanifah Umum Letak Jawatan Pengerusi PN Negeri Sembilan

Hanifah Umum Letak Jawatan Pengerusi PN Negeri Sembilan

30/12/2025
0

SEREMBAN: Selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN), langkah sama disusuli teraju gabungan itu di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd