• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Dijangka Buat Keputusan MH17, Khamis Ini

oleh Mohd Arshad
13/11/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Mahkamah Dijangka Buat Keputusan MH17, Khamis Ini
Share on FacebookShare on Twitter

THE HAGUE : Hakim Belanda dijangka membuat keputusan Khamis ini terhadap empat lelaki yang dituduh menjatuhkan pesawat Malaysia Airlines MH17 di Ukraine pada 2014.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Keputusan itu dijangka dibuat ketika ketegangan berhubung pencerobohan Russia semakin memuncak.

Kesemua 298 penumpang dan anak kapal terbunuh apabila Boeing 777 yang berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur jatuh ditembak oleh puak pemisah di timur Ukraine.

Pihak pendakwaan bagaimanapun berkata, bahawa peluru berpandu itu dibekalkan oleh Moscow.

Warga Russia, Igor Girkin, Sergei Dubinsky, Oleg Pulatov dan warga Ukraine, Leonid Kharchenko berdepan hukuman penjara seumur hidup, jika didapati bersalah atas tuduhan membunuh dan menyebabkan sebuah pesawat terhempas.

Bagaimanapun keempat-empat tertuduh masih bebas dan enggan menghadiri perbicaraan selama dua setengah tahun di Belanda, selepas siasatan antarabangsa dijalankan.

Lapan tahun selepas insiden itu, wilayah di mana MH17 terhempas menjadi salah satu medan pertempuran utama dalam perang Russia, yang berlarutan selama sembilan bulan di Ukraine.

Keluarga mangsa dari seluruh dunia akan berada di mahkamah berhampiran Lapangan Terbang Schiphol, untuk mendengar keputusan panel tiga hakim, jam 1:30 petang (waktu tempatan) Khamis ini.

“Sekiranya bersalah, masyarakat antarabangsa harus memburu mereka,” kata Evert van Zijtveld, yang kehilangan anak perempuannya Frederique, 19, anak lelakinya Robert-Jan, 18, dan kedua-dua mertuanya.

“Saya tidak boleh memaafkan mereka,” katanya.

Nahas MH17 mengundang kemarahan dunia, apabila ladang bunga matahari yang terkenal di Ukraine dipenuhi mayat dan serpihan pesawat.

Beberapa mangsa, termasuk kanak-kanak, masih terikat di tempat duduk mereka.

Pendakwa Raya berkata, tertuduh adalah sebahagian daripada puak pemisah yang disokong Kremlin dan memainkan peranan penting dalam membawa sistem peluru berpandu BUK ke Ukraine dari pangkalan tentera Russia, walaupun mereka tidak menarik pemicunya.

Peguam bela Pulatov, satu-satunya tertuduh yang diwakili peguam, berpendapat bahawa perbicaraan itu tidak adil.

Mereka berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan peluru berpandu BUK menjatuhkan pesawat itu dan turut mengemukakan ‘senario alternatif’ seperti jet Ukraine menembaknya.

Moscow bagaimanapun menafikan pembabitannya.

Ketika perbicaraan, pihak pendakwaan sangat bergantung kepada panggilan telefon yang dipintas dan data telefon mudah alih yang didakwa mengesan suspek berhampiran tapak pelancaran atau di pusat membuat keputusan.

Mereka juga menggunakan kenyataan saksi, termasuk seorang bekas pemisah yang menangis ketika menggambarkan ‘permainan kanak-kanak bergelimpangan’ di tempat kejadian, ditambah dengan bukti video dan foto mengenai pergerakan peluru berpandu.

Bahan forensik termasuk serpihan yang ditemui dalam mayat mangsa dipetik untuk membuktikan bahawa ia adalah peluru berpandu BUK.

Pendakwa Raya berkata, Girkin, bekas perisik Russia yang menjadi menteri pertahanan puak pemisah Republik Rakyat Donetsk, membantu membekalkan sistem peluru berpandu itu.

Baru-baru ini, Girkin mengkritik tentera Russia berhubung pengendalian perang dan didakwa menawarkan diri untuk berperang di Ukraine, menyebabkan beberapa ahli keluarga mangsa MH17 berharap beliau boleh ditangkap dan dihantar ke Belanda.

Dubinsky, yang juga dikaitkan dengan perisikan Russia, didakwa berkhidmat sebagai ketua perisikan tentera pemisah dan bertanggungjawab memberi arahan mengenai peluru berpandu itu.

Pulatov, bekas askar pasukan khas Russia, dan Kharchenko, yang didakwa mengetuai unit pemisah, adalah orang bawahan yang memainkan peranan langsung dalam membawa peluru berpandu ke tapak pelancaran.

Mahkamah mendengar bahawa peluru berpandu BUK dari Briged Peluru Berpandu Anti-Pesawat ke-53 dari Kursk di Russia, dikenal pasti melalui imej dan bukti media sosial.

Menurut pendakwaan, tertuduh kemudian mengatur supaya peluru berpandu itu dibawa masuk untuk menentang kuasa udara Ukraine.

Katanya, di bawah undang-undang Belanda ‘tiada beza’ sekiranya mereka tersilap dalam menyasarkan pesawat awam.

Perbicaraan itu diadakan di Belanda kerana 196 mangsa adalah warga Belanda

-Berita Harian

Tags: mahkamahMH17
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Digari, Menangis Hingga Pengsan

Digari, Menangis Hingga Pengsan

01/01/2026
0

Wanita Tular Didakwa Hina Polis & Islam Dibawa Ke Mahkamah ALOR SETAR: Seorang wanita warga tempatan yang tular di media...

Mahkamah Rayuan Tolak Rayuan Anak Mendiang Anna Jenkins

Mahkamah Rayuan Tolak Rayuan Anak Mendiang Anna Jenkins

25/09/2025
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan anak warga Australia, Annapuranee Jenkins atau Anna Jenkins, untuk mengembalikan saman kecuaian terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd