• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Liek Hou Jadi Juara Dunia Lagi

oleh Mohd Arshad
06/11/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Liek Hou Jadi Juara Dunia Lagi
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA: Perseorangan lelaki badminton para negara, Cheah Liek Hou membuktikan dia berada dalam kelas tersendiri apabila menambah koleksi kejuaran dunia dalam kariernya selepas mengungguli kategori SU5 dalam aksi yang berlangsung di Gimnasium Kebangsaan Yoyogi, Tokyo, Jepun sebentar tadi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pemain kelahiran Kuala Lumpur itu berjaya menafikan hasrat seteru utamanya dari Indonesia, Dheva Anrimusthi dengan keputusan 21-14, 21-12 dalam tempoh 33 minit untuk menjadikan ini gelaran ketujuhnya sebagai juara dunia.

Liek Hou berpeluang untuk menggandakan gelarannya untuk kejohanan kali ini apabila bakal turun sebentar lagi dalam acara beregu lelaki bersama Mohd Faris Azri dan akan berentap sekali lagi dengan Dheva yang berpasangan dengan Hafizh Brliansyah Prawiranegara.

Satu lagi aksi perlawanan akhir bagi acara beregu lelaki kerusi roda kategori WH1-WH2 membabitkan gandingan negara iaitu Noor Azwan Noorlan dan Ikhwan Ramli terpaksa akur setelah dikecewakan gandingan Jerman, Rick Cornell Hellman – Thomas Wandschneider dengan keputusan 21-11, 21-15.

UtusanOnline-

Tags: Cheah Liek Houjuara dunia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tukang Urut Bergelar Juara Dunia

Tukang Urut Bergelar Juara Dunia

03/06/2024
1

KUALA LUMPUR : Pengorbanan atlet boling padang para negara yang juga seorang tukang urut, Muhamad Ayub Mohd berbalas selepas berjaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd