• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Menetap Di Lapangan Terbang 18 Tahun Meninggal Dunia

oleh Mohd Arshad
13/11/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Lelaki Menetap Di Lapangan Terbang 18 Tahun Meninggal Dunia
Share on FacebookShare on Twitter

PARIS – Seorang lelaki Iran yang menjadi perhatian seluruh dunia kerana menetap di sebuah lapangan terbang di Paris selama 18 tahun, dilaporkan meninggal dunia, demikian menurut Badan Penyiaran Britain (BBC) semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Mehran Karimi Nasseri menjadikan sebahagian kecil kawasan di Lapangan Terbang Roissy Charles de Gaulle sebagai kediamannya sejak 1988 hingga 2006.

Kisah hidupnya menjadi inspirasi pengarah Hollywood, Stephen Spielberg untuk menghasilkan filem bertajuk The Terminal lakonan Tom Hanks.

Disebabkan filem tersebut, Mehran mendapat perhatian media antarabangsa dengan ramai pemberita berebut-rebut menemu bual lelaki itu sehinggakan pada suatu ketika, dia menerima sehingga enam temu bual sehari.

Mehran dilahirkan pada 1956 di wilayah Khuzestan, Iran. Dia dilaporkan pergi ke Eropah untuk mencari ibu kandungnya.

Selama beberapa tahun, dia menetap di Belgium dan diarah keluar oleh beberapa negara termasuk Britain, Belanda dan Jerman kerana tidak mempunyai dokumen imigresen yang sah.

Mehran kemudian tiba di Perancis dan menjadikan Terminal 2F Lapangan Terbang Roissy Charles de Gaulle sebagai ‘rumahnya’.

Rutin harian lelaki itu dihabiskan dengan menulis mengenai kehidupannya dalam sebuah buku nota serta membaca buku serta surat khabar.

Meskipun diberi status pelarian dan dibenarkan tinggal di Perancis pada 1999, Mehran menetap di lapangan terbang tersebut hingga 2006 di mana ketika itu, dia dibawa ke hospital untuk menjalani rawatan akibat sakit.

Dia kemudian tinggal di sebuah hostel menggunakan wang diperoleh hasil daripada filem The Terminal.

Mehran dilaporkan kembali ke lapangan terbang itu beberapa minggu lalu dan tinggal di situ sehingga meninggal dunia akibat sakit tua.

Beberapa pegawai berkata, Mehran ditemui dengan ribuan Euro wang tunai dalam simpanannya.

Kosmo-

Tags: lapangan terbanglelaki IranParis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Kilang Beras Maut Digilis Lori

Chong Wei Terkandas Di Paris

21/04/2024
0

BEKAS pemain badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei dan keluarganya terperangkap di Paris kerana banjir kilat di Dubai, Emiriah...

Sabah Diramal Alami Pengurangan Hujan Tahun Depan – Armizan

2 Lapangan Terbang Utama Syria Henti Operasi

22/10/2023
0

DAMASCUS: Perkhidmatan dua lapangan terbang utama di Syria terpaksa dihentikan selepas serangan dilakukan Israel hari ini, lapor media kerajaan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd