• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kematian Pelatih Hoki Negara Akibat Salur Darah Ke Otak Pecah

oleh Mohd Arshad
07/11/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kematian Pelatih Hoki Negara Akibat Salur Darah Ke Otak Pecah
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH: Pembuluh darah ke otak pecah (Intracranjal Hemorrhage) dikenal pasti sebagai punca kematian pelatih Program Pembangunan Hoki Negara (NHDP) yang meninggal dunia di asrama Majlis Sukan Negara (MSN) Perak, di sini semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri, berkata ia adalah hasil bedah siasat ke atas mayat Bill Wolfson Anak Lianie, 14, yang dilakukan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada 9 pagi tadi.

“Hasil siasatan lanjut, ibu si mati mengesahkan anaknya memang mempunyai rekod masalah kesihatan sejak kecil,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata susulan itu, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mendiang akan dibawa pulang ke Kuching, Sarawak bagi urusan pengebumian.

Wolfson yang mengikuti Program Klinik Penjaga Gol di Akademi Hoki Raja Ashman di sini mengadu tidak selesa serta berasa hendak pitam sebelum tiba-tiba rebah di biliknya pada kira-kira 7 pagi semalam.

Beliau antara penjaga gol di Pusat Latihan Daerah NHDP di Sekolah Menengah Kebangsaan Penrissen, Kuching yang terpilih mengikuti klinik penjaga gol dikendalikan oleh NHDP bermula Sabtu lepas hingga semalam.

Wolfson ditemani Ketua Jurulatih Remaja Negeri Sarawak Wilina Mac Carina Anak Wilson dan tiba di Ipoh Khamis lepas dengan menaiki penerbangan bagi menghadiri klinik penjaga gol berkenaan sempena penganjuran Piala Sultan Azlan Shah.

Bernama-

Tags: meninggal duniaPelatih Hoki Negara
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Baru Beberapa Jam Pasang, Bendera Sudah Dirosakkan

Next Post

Manifesto BN: Pemotongan Cukai Untuk Kelompok M40

Related Posts

PM ke-5 Abdullah Ahmad Badawi Meninggal Dunia

PM ke-5 Abdullah Ahmad Badawi Meninggal Dunia

14/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), di sini, hari ini....

Bayi Lelaki Lima Bulan Meninggal Dunia Di Taska

Bayi Lelaki Lima Bulan Meninggal Dunia Di Taska

10/04/2025
1

JOHOR BAHRU : Seorang bayi lelaki berusia lima bulan dilaporkan meninggal dunia ketika di sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di...

Next Post
Manifesto BN: Pemotongan Cukai Untuk Kelompok M40

Manifesto BN: Pemotongan Cukai Untuk Kelompok M40

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd