• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Lupa Isytihar Pendapatan Mata Wang Digital

oleh Mohd Arshad
03/11/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Jangan Lupa Isytihar Pendapatan Mata Wang Digital
Share on FacebookShare on Twitter

Mungkin ada masih mempersoalkan mengapa pemain mata wang digital perlu mengisytiharkan pendapatan mereka dan seterusnya dikenakan cukai.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Artikel ini bertujuan berkongsi semula maklumat pernah dimaklumkan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) supaya kita jelas dan faham.

Seksyen 3 Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967) memperuntukkan pendapatan yang terakru dalam atau diperoleh dari Malaysia atau diterima di Malaysia dari luar Malaysia adalah dikenakan cukai.

Ini bermaksud pendapatan daripada mata wang digital juga layak dikenakan cukai walaupun ia daripada aktiviti dalam talian (online).

Ia kerana HASiL melayani cukai pendapatan dalam talian sama seperti cukai pendapatan perniagaan “offline” atau konvensional.

Seksyen 4 ACP 1967 malah menetapkan kelas-kelas pendapatan yang boleh dikenakan cukai pendapatan di Malaysia seperti berikut:

– Laba atau keuntungan daripada suatu perniagaan [Perenggan 4 (a)];

– Laba atau keuntungan daripada suatu penggajian [Perenggan 4 (b)];

– Dividen, faedah atau diskaun [Perenggan 4 (c)];

-Sewa, royalti atau premium [Perenggan 4 (d)];

– Pencen, anuiti atau bayaran-bayaran berkala lain yang tidak termasuk di bawah mana-mana perenggan di atas [Perenggan 4 (e)];

– Laba atau keuntungan yang tidak termasuk di bawah mana-mana perenggan di atas [Perenggan 4 (f)].

Justeru, layanan cukai terhadap pendapatan urus niaga mata wang digital adalah sama dengan layanan cukai pendapatan dijana melalui kaedah konvensional.

Bagaimanapun, HASiL mempunyai garis panduan yang adil dalam menentukan sama ada sesuatu keuntungan daripada urus niaga itu dikenakan cukai.

Dengan melihat satu persatu kes secara lebih mendalam bagi menentukan sama ada wujudnya corak perdagangan (badges of trade).

Sekiranya bersifat keuntungan modal, pasif seperti dilakukan sekali-sekala, tidak terancang atau tidak bersistematik, maka keuntungan daripada urus niaga tersebut adalah tidak dikenakan cukai pendapatan.

Sehubungan itu, mereka yang terlibat dengan urusniaga mata wang digital diminta menyimpan rekod, dokumen dan helaian kerja berkaitan selama tujuh tahun untuk tujuan pengauditan.

Ingat!. Gagal atau lewat mengemukakan Borang Nyata (BN) dalam tempoh yang ditetapkan dan kurang lapor pendapatan boleh dikenakan penalti.

-Mynewshub

Tags: hasilLHDNMmata wang digitalpendapatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

14,858 Pemastautin Cukai Miliki Akaun Luar Negara Lebih RM10 Bilion, Gagal Lapor BNCP

14,858 Pemastautin Cukai Miliki Akaun Luar Negara Lebih RM10 Bilion, Gagal Lapor BNCP

02/02/2026
0

CYBERJAYA, 2 Februari 2026 – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) mendedahkan seramai 14,858 pemastautin cukai Malaysia dikenal pasti mempunyai...

5 Sebab Kenapa Usahawan Kecil Wajib Ambil Berat Soal Cukai

5 Sebab Kenapa Usahawan Kecil Wajib Ambil Berat Soal Cukai

01/11/2025
0

5 Sebab Kenapa Usahawan Kecil Wajib Ambil Berat Soal Cukai Cukai bukan beban, tapi pelindung bisnes anda! Kalau nak perniagaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd