• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Cetus Kekecohan Di Stadium Nasional Bukit Jalil -Titah Sultan Sharafuddin

oleh Mohd Arshad
25/11/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Jangan Cetus Kekecohan Di Stadium Nasional Bukit Jalil -Titah Sultan Sharafuddin
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM: Menjelang perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia 2022, Selangor FC menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) esok, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan bertitah menasihati para penyokong Selangor agar menjaga tatatertib dan tingkah laku ketika menyaksikan perlawanan itu di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur, esok.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Baginda berharap para penyokong Selangor tidak akan mencetuskan kekecohan serta mencemarkan nama baik pasukan termasuk terlibat dalam sebarang bentuk pergaduhan, walau apa pun keputusan di akhir perlawanan.

Titah baginda, setiap penyokong haruslah matang dan tidak melayan provokasi berlebihan.

Baginda berharap semua yang hadir ke stadium membawa bersama semangat kesukanan dan sorakan gemuruh, sekali gus memberi suntikan semangat kepada para pemain.

Baginda turut mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada Selangor FC dan JDT.

Media melaporkan, 21 November lalu di Terengganu, walaupun beraksi dengan 10 pemain menuju ke penghujung permainan, diasak habis-habisan oleh Terengganu FC, Selangor bagaimanapun berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2022 biarpun kalah 1-0 dalam separuh akhir kedua.

Kemenangan 3-1 yang dilakar di Petaling Jaya, Rabu lalu membolehkan Red Giants mara ke perlawanan akhir secara agregat 3-2, sekali gus bakal membuat perhitungan dengan JDT di Bukit Jalil esok.

UtusanOnline-

Tags: JDTPiala Malaysia 2022Selangor FCSultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bajet Sabah: RM1,000 Bantuan Khas Kepada Penjawat Awam

Next Post

Selangor Umum Belanjawan 2023 Berjumlah RM2.45 Bilion

Related Posts

Ada JDT Kata Nak Tarik Diri – TMJ

Ada JDT Kata Nak Tarik Diri – TMJ

05/05/2025
0

PEMILIK kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan bahawa perbelanjaan kelab Harimau Selatan adalah antara yang paling rendah...

Bidoglio Bangga Dengan Prestasi JDT

Bidoglio Bangga Dengan Prestasi JDT

17/04/2025
1

KETUA Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio melahirkan rasa bangga dengan komitmen ditunjukkan barisan pemainnya selepas berjaya mencatat kemenangan...

Next Post
Selangor Umum Belanjawan 2023 Berjumlah RM2.45 Bilion

Selangor Umum Belanjawan 2023 Berjumlah RM2.45 Bilion

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd