• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Israel Lancar Perang Terhadap Petugas Media Palestin

oleh Mohd Arshad
12/11/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Israel Lancar Perang Terhadap Petugas Media Palestin
Share on FacebookShare on Twitter

GENEVA, Switzerland – Israel melancarkan ‘perang berskala luas’ terhadap petugas media Palestin seperti digambarkan menerusi pembunuhan wartawan berketurunan Palestin-Amerika, Shireen Abu Akleh, kata beberapa wakil wartawan kepada pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

“Israel menyasarkan wartawan Palestin sebagai sebahagian daripada dasar sistemik untuk menutup suara rakyat Palestin dan suara kami.

“Kami wartawan Palestin bukan sahaja menjadi mangsa pencabulan dan kekerasan tetapi sasaran perang berskala luas oleh penjajah (Israel),” kata Pre­siden Persatuan Pemberita Pa­lestin, Naser Abubaker.

Bercakap kepada pasukan penyiasat PBB, katanya, hampir 50 wartawan Palestin dibunuh semasa melakukan tugas mereka sejak tahun 2000, namun ‘tiada sesiapa yang dipertanggungjawabkan’.

Naser memberikan contoh kes Shireen yang merupakan wartawan veteran Al Jazeera. Dia memakai jaket kalis peluru tertera perkataan Press dan topi keledar tetapi ditembak di kepala semasa operasi tentera Israel pada 11 Mei lalu di kem pelarian Jenin, wilayah Tebing Barat.

Menyifatkan insiden tembakan itu sebagai kes pembunuhan dan jenayah perang, Naser memberitahu bahawa enam bulan sudah berlalu tanpa pihak bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.

Tentera Israel mengaku buat kali pertama pada September lalu bahawa salah seorang askar­nya menembak Shireen, kononnya kerana tersilap menyangka mangsa ialah pejuang Palestin.

Pengakuan itu dibuat berbulan-bulan selepas tentera Israel bertegas bahawa mustahil untuk mengenal pasti siapa yang me­nembak wartawan wanita itu. Israel juga mendakwa bahawa mang­sa mungkin mati akibat terkena tembakan pejuang Palestin.

-Kosmo Online

Tags: IsraelperangPetugas Media Palestin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Afrika Selatan Isytihar Wakil Israel Persona Non Grata, Arah Tinggalkan Negara Dalam 72 Jam

Afrika Selatan Isytihar Wakil Israel Persona Non Grata, Arah Tinggalkan Negara Dalam 72 Jam

31/01/2026
0

30 Januari 2026/MYNEWSHUB  PRETORIA – Kerajaan Afrika Selatan mengisytiharkan Wakil Tetap Sementara (Chargé d’Affaires) Israel sebagai persona non grata (orang...

Malaysia Kecam Serangan Terbaru Israel Di Gaza, Nyatakan Pencabulan Gencatan Senjata

Malaysia Kecam Serangan Terbaru Israel Di Gaza, Nyatakan Pencabulan Gencatan Senjata

22/01/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia mengecam keras serangan oleh rejim Israel di Gaza yang mengakibatkan kematian orang awam yang tidak berdosa,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd