• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dituduh ‘Pengkhianat’, Saarani Jawab Demi Rakyat

oleh AK-47
27/11/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Dituduh ‘Pengkhianat’, Saarani Jawab Demi Rakyat
Share on FacebookShare on Twitter

Menteri Besar Saarani Mohamad menjelaskan tindakannya menubuhkan kerajaan perpaduan dengan PH demi rakyat dan negeri Perak supaya memastikan pentadbirannya stabil sejurus selepas PRU15.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menjawab label “pengkhianat” yang dilemparkan terhadapnya oleh sesetengah pihak, dia berkata tuduhan tersebut tidak benar dan perkara yang paling penting ketika itu untuk membuat “keputusan yang betul dan tepat.”

“Itulah keyakinan pada saya. Jadi nak kata saya pengkhianat? Saya bukan masuk DAP, PH, PKR.

“Saya dipelawa membentuk kerajaan negeri Perak walaupun saya bersiap sedia hendak jadi pembangkang. Tapi kerana PH ada 24 kerusi dan 26 (kerusi) pada PN menjadikan semuanya adalah 50.

“Dengan 50 kerusi mereka patutnya boleh menjadi kerajaan yang kuat kerana mendapat lebih dua pertiga serta tinggalkan saya untuk jadi pembangkang,” katanya pada wawancara bersama Utusan Online hari ini.

Menteri besar itu selanjutnya dipetik berkata kerajaan perpaduan BN dan PH mencari titik persamaan bagi membangunkan Perak.

“Walaupun kita berbeza parti dan ideologi politik, ia bukan bermakna kita tidak boleh bersama-sama untuk berkompromi. Paling penting kurangkan perbezaan dan cari titik pertemuan.

“Setakat ini, exco bersetuju untuk gunakan perkataan Kerajaan Negeri Perak dan bukannya istilah kerajaan PH plus BN atau sebaliknya.

“Saya yakin kita boleh berbeza pendapat. Akan tetapi dalam hal-hal membabitkan pembangunan negeri untuk kesejahteraan rakyat, fokus harus diberikan,” katanya.

“Sekiranya kita mula cari perbezaan dan kesalahan, maka tidak tercapai hasrat untuk bangunkan negeri,” jelasnya lagi.

Pada 21 Nov lalu Saarani, 61, yang juga Adun Kota Tampan, mengangkat sumpah jawatan menteri besar di hadapan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Pencalonan pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak sejak 2018 sebagai menteri besar itu dipersetujui PH dan BN selepas kedua-dua gabungan politik itu bekerjasama membentuk kerajaan perpaduan negeri.

-Malaysia Kini

Tags: Saarani Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Saarani Dapat Sokongan Sebulat Suara

16/12/2020
0

IPOH - Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak bersetuju sebulat suara menyokong usul undi percaya terhadap Menteri Besar Perak,...

Pelantikan EXCO PAS Bergantung Perkenan Sultan Perak

11/12/2020
0

IPOH - Pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri (EXCO) PAS dalam kerajaan negeri bergantung kepada perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd