• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beberapa Kawasan Di Selangor, Ibu Negara Dinaiki Air

oleh Mohd Arshad
30/11/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Beberapa Kawasan Di Selangor, Ibu Negara Dinaiki Air
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Hujan lebat berterusan hampir tiga jam, petang tadi, menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Selangor dan ibu negara, dilanda banjir kilat.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Antara kawasan yang mengalami banjir kilat adalah di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ke Jalan Tun Razak, Jalan Syed Putra, Jalan Maharajalela, Jalan Raja Chulan (Muzium Telekom), Jalan Raja, Jalan Parlimen, Jalan Tun Perak dan Jalan Damansara.

Banjir kilat berikutan hujan lebat bermula kira-kira jam 3 petang itu juga membabitkan beberapa kawasan di sekitar Kajang, Semenyih dan Sepang.

Menurut laman Facebook Pusat Info Trafik dan Kawalan Lampu Isyarat (KLCCC) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur DBKL), banjir kilat di beberapa kawasan di ibu negara mengakibatkan kesesakan lalu lintas.

“Lokasi air bertakung di beberapa kawasan sekitar Pusat Bandar. Berhati-hati memandu, jalan licin,” katanya.

Sementara itu sebuah rakaman video dipercayai di Sistem Lingkaran Lebuhraya Kajang Sdn Bhd (SILK Highway) berhampiran Sungai Ramal Luar menunjukkan kenderaan tersangkut selepas air tiba-tiba naik di laluan itu.

Ia menyebabkan kenderaan termasuk penunggang motosikal terpaksa berhenti di lebuh raya sehingga menyebabkan kesesakan sehingga beberapa kilometer.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis, berkata berlaku limpahan air sehingga paras lutut di kilometer 25.6 SILK mengakibatkan laluan tidak dapat dilalui.

“Ia menyebabkan tiada laluan dapat dilalui sebarang kenderaan ringan, namun tiada mangsa terbabit dalam kejadian itu,” katanya.

BHonline-

Tags: banjir kilathujan lebatkuala lumpurselangor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Anjur Glamping Ga*y Di Hulu Langat!

Jangan Anjur Glamping Ga*y Di Hulu Langat!

13/01/2026
0

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama Sahibus Samahah Mufti Selangor menzahirkan pendirian tegas menentang sebarang bentuk penganjuran, sambutan...

MUBARAK Khuatir UMNO, BN Hilang Sokongan Jika Berlaku Persempadanan Semula Di Selangor

MUBARAK Khuatir UMNO, BN Hilang Sokongan Jika Berlaku Persempadanan Semula Di Selangor

22/12/2025
0

SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) dan UMNO dikhuatiri kehilangan sokongan lebih besar di Selangor sekiranya kerajaan melakukan persempadanan semula kawasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd