• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Audit Cukai Mendidik Pembayar Cukai

oleh AK-47
29/11/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Audit Cukai Mendidik Pembayar Cukai
Share on FacebookShare on Twitter

Audit siasatan merupakan salah satu elemen yang terkandung dalam operasi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ia merupakan suatu pemeriksaan yang dijalankan ke atas sesebuah organisasi, syarikat serta golongan yang layak untuk membayar cukai.

Pemeriksaan ini dibuat secara terperinci dan sistematik ke atas rekod kewangan, namun hanya organisasi, syarikat atau individu terpilih sahaja diaudit.

Pembayar cukai terpilih boleh diaudit pada bila-bila masa, bagaimanapun ia tidak bermaksud pembayar cukai tersebut telah melakukan kesalahan.

Menerusi Sistem Taksir Sendiri (STS), audit cukai adalah aktiviti utama HASiL bagi meningkatkan pematuhan cukai secara sukarela.

Juga bagi memastikan pendapatan yang sepatutnya dilaporkan dan cukai yang sepatutnya dikira serta dibayar mengikut undang-undang dan peraturan percukaian.

Secara umum HASiL menjalankan dua jenis audit iaitu audit meja dan audit luar.

1) Audit meja dijalankan di pejabat HASIL. Ia melibatkan isu-isu atau pelarasan cukai yang boleh diselesaikan melalui surat menyurat.

Pembayar cukai mungkin dipanggil ke pejabat HASiL untuk ditemuduga sekiranya maklumat lanjut diperlukan.

Audit meja melibatkan semakan atau pemeriksaan ke atas semua maklumat pendapatan dan perbelanjaan serta pelbagai jenis tuntutan yang dibuat oleh pembayar cukai dalam Borang Nyata (BN).

2) Audit Luar dijalankan di premis pembayar cukai, pejabat HASiL atau mana-mana tempat yang dipersetuju. Ia melibatkan semakan rekod perniagaan.

Ia adalah bagi kes perniagaan milik tunggal dan perkongsian sekiranya rekod perniagaan tidak disimpan dengan lengkap.

Kesimpulannya, objektif utama audit cukai ialah untuk menggalakkan pematuhan secara sukarela terhadap undang-undang dan peraturan percukaian.

Juga memastikan pematuhan cukai yang lebih tinggi dicapai di bawah Sistem Taksir Sendiri (STS).

Ia malah salah satu pendekatan HASiL untuk memberi pendidikan serta pendedahan kepada pembayar cukai terhadap tanggungjawab dan kewajipan mereka.

Justeru, usah berasa cemas atau malu jika dihadiri pegawai audit cukai sekiranya tidak melakukan kesalahan kerana ia suatu proses normal untuk tujuan yang baik

-Mynewshub

Tags: Audit CukaihasilLHDNMpembayar cukai
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

14,858 Pemastautin Cukai Miliki Akaun Luar Negara Lebih RM10 Bilion, Gagal Lapor BNCP

14,858 Pemastautin Cukai Miliki Akaun Luar Negara Lebih RM10 Bilion, Gagal Lapor BNCP

02/02/2026
0

CYBERJAYA, 2 Februari 2026 – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) mendedahkan seramai 14,858 pemastautin cukai Malaysia dikenal pasti mempunyai...

5 Sebab Kenapa Usahawan Kecil Wajib Ambil Berat Soal Cukai

5 Sebab Kenapa Usahawan Kecil Wajib Ambil Berat Soal Cukai

01/11/2025
0

5 Sebab Kenapa Usahawan Kecil Wajib Ambil Berat Soal Cukai Cukai bukan beban, tapi pelindung bisnes anda! Kalau nak perniagaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd