• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yang Di-Pertuan Agong Terima Menghadap Presiden AFC

oleh Mohd Arshad
23/10/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Yang Di-Pertuan Agong Terima Menghadap Presiden AFC
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerima sembah taklimat pembinaan Stadium Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di Putrajaya.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Sembah taklimat mengenai Stadium AFC yang bernilai USD50 juta (RM236 juta) dan berkapasiti 10,000 penonton dengan kerjasama Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) itu disampaikan oleh Presiden Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Shaikh Salman Ebrahim Al Khalifa, di Istana Negara, hari ini.

Turut hadir dalam sesi menghadap ialah Setiausaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor Paul John.

Baginda turut menerima sembah taklimat mengenai perkembangan semasa program dan aktiviti AFC dan FIFA di benua ini dan juga persiapan penganjuran Piala Dunia Qatar 2022.

“Qatar negara Islam dan negara Asia Barat pertama dipilih menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA yang dijadualkan berlangsung pada 20 November hingga 18 Disember 2022.

“Temasya sukan bola sepak itu akan menyaksikan penyertaan terbaik negara-negara benua Asia iaitu Qatar selaku tuan rumah, Arab Saudi, Iran, Korea Selatan dan Jepun dan rantau ini, iaitu Australia.

“Seri paduka baginda juga dijadualkan berangkat menyaksikan Piala Dunia Qatar 2022 atas jemputan Kerajaan Qatar,” berdasarkan hantaran Istana Negara di laman sosialnya.

Kali terakhir seri paduka baginda berkenan menerima menghadap Shaikh Salman ialah pada November 2019 sempena majlis penganugerahan ‘AFC Diamond of Asia’ kepada baginda.

Anugerah yang berprestij itu sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan seri paduka baginda selama lebih tiga dekad terhadap sukan bola sepak di benua ini.

Pembabitan aktif seri paduka baginda dalam sukan bola sepak peringkat tempatan dan antarabangsa sangat terserlah menerusi pengalaman menerajui beberapa persatuan sukan di dalam dan di luar negara.

Antara jawatan yang pernah disandang adalah Naib Presiden AFC, Ahli Majlis Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) dan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Yang di-Pertuan Agong juga mencipta sejarah tersendiri apabila dipilih antara tiga Anggota Jawatankuasa Eksekutif FIFA mewakili Asia bagi penggal 2015-2019.

BHonline-

Tags: MenghadapPresiden AFCYang di-Pertuan Agong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Agong Kurnia DMIJ Kepada Panglima 21 Gerup Gerak Khas, Juruiring Pemangku Sultan Johor

Agong Kurnia DMIJ Kepada Panglima 21 Gerup Gerak Khas, Juruiring Pemangku Sultan Johor

14/08/2025
0

JOHOR BAHRU: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Yang Kedua, Dato' Mulia...

Kesilapan Papar Gambar Jalur Gemilang Tanpa Bulan Sabit Tak Boleh Diterima – Agong

Kesilapan Papar Gambar Jalur Gemilang Tanpa Bulan Sabit Tak Boleh Diterima – Agong

16/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, menegaskan kesilapan memaparkan gambar Jalur Gemilang tanpa bulan sabit yang disiarkan dalam muka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd