• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syed Saddiq ‘Musuh Dalam Selimut’ Negara

oleh Mohd Arshad
29/10/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Syed Saddiq ‘Musuh Dalam Selimut’ Negara
Share on FacebookShare on Twitter

Petikan Page Viral Posts (FB)

ICERD merupakan sebuah konvensyen oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang bertujuan untuk memupuk kesetaraan kaum di segenap lapisan masyarakat antarabangsa.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Meskipun secara asasnya konvensyen ini berniat baik, namun kita perlu melihat semula sejarah, adat, dan budaya setempat Malaysia yang berbeza dengan negara-negara lain.

Walaupun Malaysia merupakan negara yang berbilang bangsa dan fahaman, ratifikasi ICERD boleh menghasilkan kemudaratan yang lebih besar daripada kebaikannya.

Sudah tentu, situasi itu akan membuka ruang kepada pihak lain untuk mencabar Perkara 153 dalam Perlembagaan Malaysia; mencabar kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan peruntukan keistimewaan terhadap orang Bumiputera di negara ini serta mencabar kedudukan Majlis Raja-Raja.

Perlembagaan Malaysia menjamin hak-hak setiap warganegara, tanpa mengira bangsa atau agama.

Keputusan asal untuk meratifikasi ICERD telah dilakukan oleh Kabinet Mahathir ketika itu tanpa perbincangan dengan Majlis Raja-Raja Melayu.

Syed Saddiq adalah antara menteri dalam rejim PH ketika itu.

Malahan, dia juga yang didakwa mencetuskan sentimen ICERD ketika itu apabila mengeluarkan kenyataan berkaitan ‘ketuanan Melayu’.

Syed Saddiq menyifatkan ketuanan Melayu adalah mimpi palsu.

Kenyataan itu sememangnya menimbulkan kemarahan orang ramai sehingga himpunan menentang ICERD dilakukan pada masa itu.

PH sememangnya mahu negara ini tidak lagi diperintah oleh mana-mana Raja Melayu dan berhasrat menjadikan Malaysia sebagai negara republik.

Itu sememangnya apa yang dimahukan oleh mantan Perdana Menteri ke-4 dan ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dia dan DAP sudah lama memasang ‘impian’ mahu menjadikan negara ini berstatus republik.

Sebab itu, Syed Saddiq hanya ‘mengiyakan’ kerana kedua-dua langkah itu adalah buah pemikiran idolanya iaitu Mahathir.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/431402 , https://www.malaysiakini.com/news/449370Tindakan

PH menandatangani Statut Rom mengundang tiga permasalahan besar kepada negara.

Pertama adalah implikasi terhadap Yang di-Pertuan Agong (YDPA) selaku Ketua Angkatan Tentera Malaysia.

Kedua, dari segi tatacara penyertaan yang dilakukan dengan membelakangi Raja-Raja Melayu.

Terakhir sekali, dari segi impak ke atas keupayaan total bagi melindungi integriti wilayah dan kedaulatan negara.

Mengambil contoh permasalahan pertama, Statut Rom mampu mendesak sebuah negara untuk menangkap ketua negara atau komander tentera dan dibicarakan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa jika sesebuah negara itu tidak ‘berupaya’ dalam membicarakan ketua negara.

Dalam konteks Malaysia, Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia adalah YDPA.

Ini bermakna YDPA boleh dibicarakan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Disebabkan Raja-Raja Melayu dan YDPA hanya boleh didakwa di Mahkamah Khas atas kapasiti peribadi dan bukan rasmi, sudah tentu mahkamah kita akan dianggap sebagai tidak ‘berkeupayaan’.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/17841/KOLUMNIS/Statut-Rom-undangtiga-masalah

Keputusan untuk tidak membuat perbincangan ini adalah amat mengecewakan kerana Majlis Raja-Raja mempunyai peranan yang penting seperti yang tertulis di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Maklumlah, Mahathir tidak pernah mementingkan hubungan institusi Diraja dengan orang Melayu serta juga mempunyai sejarah menentang kuasa Raja-Raja Melayu.

Sumber: https://pages.malaysiakini.com/icerd/en/ , https://www.sinarharian.com.my/article/677/EDISI/Johor/ICERD-Ini-pesanan-TMJ-buatrakyat-Malays

Dalam kedua-dua isu ini, Syed Saddiq juga bersekongkol. Kenyataan ketuanan Melayu itu tidak patut dikeluarkan oleh Syed Saddiq.

Syed Saddiq seolah-olah sengaja mahu mencetuskan api permusuhan dalam kalangan rakyat.

Apa faedah yang Syed Saddiq dengan berbuat perkara seperti itu? Negara ini mempunyai Perlembagaan yang dibentuk secara teliti untuk menjaga kepentingan semua rakyat.

Ada sebab kukuh mengapa Malaysia tidak sepatutnya meratifikasi ICERD dan menandatangani Statut Rom.

Kedaulatan Malaysia perlu dijaga terlebih dahulu supaya tiada anasir asing yang sewenang-wenangnya boleh mengganggu gugat kestabilan dan keamanan yang dibina berpuluh tahun lamanya.

-Mynewshub

Tags: ICERDMusuh Dalam SelimutSyed Saddiq
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sambung Semula Pembinaan LCS Awal Tahun Depan

Next Post

Jangan Terperdaya Scammer Tawar RM500 E-dompet Touch n Go

Related Posts

Syed Saddiq Berniat Jahat, Guna Alasan Manfaat Politik Untuk Arah Keluar RM1 Juta: Pendakwaan

Syed Saddiq Berniat Jahat, Guna Alasan Manfaat Politik Untuk Arah Keluar RM1 Juta: Pendakwaan

20/03/2025
0

Putrajaya: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berniat jahat dengan berselindung di sebalik alasan political mileage (manfaat politik)...

Rayuan Syed Saddiq Mula Didengar, Esok Sambung Hujahan Pendakwaan

Rayuan Syed Saddiq Mula Didengar, Esok Sambung Hujahan Pendakwaan

19/03/2025
1

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mula mendengar hujahan daripada pihak pembelaan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang...

Next Post
Jangan Terperdaya Scammer Tawar RM500 E-dompet Touch n Go

Jangan Terperdaya Scammer Tawar RM500 E-dompet Touch n Go

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd