• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Silap Vaksin, Pekerja Bank Saman Kerajaan RM20 Juta

oleh AK-47
12/10/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Silap Vaksin, Pekerja Bank Saman Kerajaan RM20 Juta
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Seorang pekerja bank menfailkan saman berjumlah RM20 juta terhadap kerajaan di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu selepas mendakwa menerima vaksin berlainan semasa pengambilan dos kedua pada Ogos tahun lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Saman tersebut turut dikemukakan ke atas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Ketua Pengarah Kesihatan, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) dan Pengarah JKNK.

Tuntutan RM20 juta itu melibatkan ganti rugi am RM10 juta, khas RM5 juta dan tauladan RM5 juta.

Peguam bela, Nor Hayati Mohd Nawi berkata, plaintif yang dikenali sebagai Muhamad berusia 28 tahun itu menyedari dirinya menerima vaksin berlainan selepas seminggu mengalami demam, sakit badan, gatal dan sukar bernafas.

Menurut beliau dari Tetuan Nor Hayati & CO, selepas mengalami situasi tersebut plaintif telah membuat semakan pada MySejahtera dan terkejut setelah mendapati dos kedua yang diberikan kepadanya ialah Pfizer bukannya Sinovac.

“Muhamad telah merujuk masalah ini kepada pihak berkenaan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) tetapi hanya kad pengesahan sahaja yang diambil dan tiada sebarang tindakan dilakukan.

“Selepas itu plaintif melalui detik-detik yang sukar apabila badannya mulai gatal sehingga menyebabkan dia terpaksa menggaru dan perbuatan tersebut meninggal parut,” katanya kepada pemberita semasa sidang akhbar di Kompleks Mahkamah Kota Bharu pada Rabu.

Tambah Nor Hayati, perkara terbabit juga mengganggu fokus plaintif semasa bekerja sehingga menyebabkan dia mengalami tekanan perasaan yang teruk.

Ujarnya, lebih memburukkan lagi keadaan, Muhamad mengalami Somatic Symptom Disorder sehingga memaksanya mendapatkan rawatan susulan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) serta perlu mengambil antara dua hingga tiga jenis ubatan setiap hari untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Beliau berkata, Muhamad juga perlu bergantung kepada ubat telan dan sapuan sehingga sekarang untuk menghilangkan gatal pada badannya.

“Plaintif masih bujang dan menyara ibu serta seorang adik perempuan.

“Disebabkan sakit yang dialami dia tidak dapat meneruskan hidup dengan baik serta sentiasa berada dalam keadaan tidak selesa kerana kudis dan kegatalan yang dialami,” katanya.

Menurut beliau, saman tersebut sudah difailkan dua minggu lalu dan mahkamah memberikan tarikh 23 Oktober untuk sebutan kes.

-Sinar Harian

Tags: KerajaansamanVaksin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

02/01/2026
0

Kangar: Setelah lama mendiamkan diri di sebalik kemelut politik yang melanda Perlis, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis secara...

Kerajaan Sekat Akses Platform Dalam Talian Bagi Pengguna Bawah 13 Tahun

Kerajaan Sekat Akses Platform Dalam Talian Bagi Pengguna Bawah 13 Tahun

04/12/2025
0

Kuala Lumpur: Bagi melindungi kanak-kanak daripada mengakses kandungan dalam talian, kerajaan dalam proses mengawal selia platform untuk menyekat pengguna bawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd