MOSCOW : Mahkamah Russia menetapkan jumlah saman tiga juta rubles (RM235,000) yang perlu dilangsaikan TikTok kerana enggan menggugurkan kandungan berkaitan LGBTQ.
Ikuti Mynewshub: Telegram
TikTok didakwa mempromosikan nilai seksual tidak bertamadun seperti LGBT, feminisme dan representrasi yang menyimpang dari nilai-nilai seksual tradisional.
The Verge melaporkan peraturan itu terkandung dalam Undang-Undang tahun 2013 yang membataskan indivdiu untuk membincangkan hak-hak LGBTQ.
Kerajaan Russia memperkenalkan peraturan itu bagi menghalang sebarang kandungan dalam talian yang bercanggah dengan undang-undang.
Russia juga sudah mengenakan penalti empat juta rubles (RM314,000) terhadap platform Twitch kerana menyiarkan kandungan temubual dengan penasihat Ukraine, Oleksiy Arestovych.
Kerajaan Russia menegaskan kandungan tersebut bercanggah dengan undang-undang berita palsu.
Twitch disaman kerana enggan menarik balik kandungan tersebut Ogos lalu.
Julai lalu, Russia turut memfailkan saman AS$365 juta (RM1.69 bilion) terhadap Google kerana enggan membuang video serangan di Ukraine dalam YouTube.
-Utusan Online


