• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Palestin Lancar Protes Bantah Tindakan Ganas Israel

oleh Mohd Arshad
14/10/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Rakyat Palestin Lancar Protes Bantah Tindakan Ganas Israel
Share on FacebookShare on Twitter

BAITULMUQADDIS – Beratus-ratus penduduk Palestin me­ngadakan protes di pos-pos pemeriksaan Israel menghala ke sebuah kem pelarian utama di kota Baitulmuqaddis kelmarin, manakala kedai-kedai di seluruh wilayah Tebing Barat ditutup, lapor stesen penyiaran NBC News.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bantahan itu diadakan berikutan tindakan ganas pasukan keselamatan Israel ke atas penduduk Palestin selepas dua askar Rejim Zionis mati dalam pertempuran pada minggu ini.

Awal minggu ini, pasukan ke­selamatan Israel mula memburu individu yang didakwa membunuh seorang askarnya.

Anggota tentera berkenaan ditembak ketika bertugas di pos pemeriksaan di luar kem pela­rian Shuafat, pinggir bandar Baitulmuqaddis.

Kem Shuafat yang menempatkan kira-kira 60,000 pelarian Palestin telah dikepung selama beberapa hari ketika polis Israel menggeledah kediamanan dan jalan-jalan bagi mencari penembak tersebut.

Kelmarin, barisan kereta yang panjang dilihat di pusat-pusat pemeriksaan yang menghala keluar dari kem tersebut.

Dalam masa sama, kumpulan-kumpulan remaja membaling batu ke arah polis Israel serta membakar tong sampah, menyebabkan kepulan asap memenuhi ruang udara.

Banyak kedai di Baitulmuqaddis Timur dan sebahagian Tebing Barat turut ditutup sebagai tanda protes, manakala sekolah-sekolah turut mengarahkan pelajar agar berada di rumah.

“Protes ini adalah sebagai tanda solidariti dengan kem pela­rian Shuafat serta bagaimana ia dikendalikan.

“Nampaknya, ia (protes) akan menjadi permulaan kepada kempen pengingkaran, marilah kita berharap yang terbaik,” kata seorang penduduk Palestin, Khaled Alqam.

Siri bantahan itu berlaku semasa situasi tegang berlarutan selama berbulan-bulan di Tebing Barat selepas Rejim Zionis memulakan keganasan pada lewat Mac lalu.

Sejak itu, tentera Israel menyer­bu dan melancarkan serangan ke atas penduduk Pa­lestin di bandar-bandar seperti Nablus serta Jenin dan ia berlaku hampir setiap hari.

Keganasan tentera Israel itu meningkatkan kemarahan belia Palestin yang kemudian membalas dengan melempar batu serta bom petrol.

-Kosmo Online

Tags: IsraelPalestinprotesrakyat palestin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Iran Berjaya Musnahkan Pesawat Radar AS Bernilai Hampir RM3 Bilion

Iran Berjaya Musnahkan Pesawat Radar AS Bernilai Hampir RM3 Bilion

29/03/2026
0

RIYADH: Iran dilaporkan berjaya melancarkan serangan tepat menggunakan peluru berpandu dan dron ke atas pangkalan tentera Amerika Syarikat di Arab...

100 Buah Kereta Kebal Israel Berjaya Dimusnahkan?

100 Buah Kereta Kebal Israel Berjaya Dimusnahkan?

29/03/2026
0

Oleh Mynewshub Realiti Atau Perang Persepsi? Ketegangan di sempadan selatan Lubnan terus memuncak apabila kumpulan Hezbollah mendakwa telah berjaya memusnahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd