• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Radzi Ajak Jumpa Lepas Cikgu Dedah KPM Nak Buang Kerja

oleh AK-47
16/10/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Radzi Ajak Jumpa Lepas Cikgu Dedah KPM Nak Buang Kerja
Share on FacebookShare on Twitter

Pendedahan seorang guru sekolah rendah yang didakwa menerima surat daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan berdepan tindakan dibuang kerja mendapat perhatian menteri sementaranya, Mohd Radzi Jidin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

“Saya tertarik untuk tahu lebih lanjut perkara yang dibangkitkan cikgu Mohd Fadli Salleh.

“Kalau cikgu ada kelapangan masa, boleh kita berjumpa,” kata Radzi dalam hantaran ringkas di Facebook, malam tadi.

Respon Radzi itu susulan tindakan guru bernama Mohd Fadli Salleh yang berkongsi surat daripada KPM kepadanya, susulan beberapa isu yang dibangkitkan melalui media sosial.

“Saya berkata jujur tentang apa sampai nak kena buang kerja tu?

“Saya bercakap tentang beg berat bahaya pada anak-anak kita, silibus tinggi dan padat, silibus syok sendiri, bilangan murid yang ramai dalam kelas.

“Subjek yang banyak murid belajar, masa belajar untuk subjek teras terutamanya matematik tidak mencukupi, dan adanya ‘little napoleon’ dalam sistem pendidikan menyebabkan sistem pendidikan kita rosak,” katanya dalam hantaran panjang di Facebook, semalam.

Surat yang diterimanya itu bertarikh 22 September 2022 dengan tajuk ‘tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat’ dan ditandatangani Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan Kumpulan Sokongan (nombor 1), Yusran Shah Mohd Yusoff.

Berdasar surat itu, Mohd Fadli didakwa melakukan tiga kesalahan.

Kesalahan pertama kerana mengkritik jadual waktu dan mata pelajaran yang diajar di sekolah, pertuduhan kedua pula dia didakwa membuat hantaran di Facebook mengenai subjek yang diajar kepada murid tahun satu di sekolah rendah.

Sementara itu pertuduhan ketiga pula berkenaan tindakan Mohd Fadli membuat siaran langsung di Facebook dengan bercakap mengenai banyak silibus yang mengarut dan “syok sendiri”.

Kesalahan-kesalahan itu boleh ditafsir melanggar Peraturan 19 (1) (c) dan Peraturan 37 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.

“Pengerusi Lembaga Tataterbib, setelah menimbangkan segala maklumat yang diterima, berpendapat bahawa tuan patut dikenakan tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat di bawah Peraturan 37 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (kelakuan dan tatatertib) 1993,” menurut surat itu.

Guru Sekolah Kebangsaan (1) Gombak itu dikehendaki mengemukakan representasi dalam tempoh 21 hari daripada tarikh surat KPM berkenaan.

‘Akan lawan sampai akhir’

Kata Mohd Fadli lagi, dia akan melawan kes yang dihadapi itu yang disifatkannya sebagai “kezaliman dan kerosakan”.

“Biar saya hadap semua itu kerana jika tiada siapa berani berdiri seperti saya pada hari ini, maka kerosakan ini akan terus berlaku sampai bila-bila. Apa yang saya perjuangkan ini, tidak ada setitis pun untuk kebaikan diri saya.

“Semuanya untuk kebaikan generasi dan anak-anak kita…Saya ambil risiko dibuang kerja, saya korek tabung simpanan upah peguam nak lawan kes ini sampai akhir.

“Jika ditakdirkan kes saya ini kalah di mahkamah, saya akan buat rayuan di mahkamah tinggi untuk lawan lagi,” katanya.

Setakat jam sembilan pagi ini, hantaran Mohd Fadli itu mendapat reaksi lebih 150,000 penggunaan Facebook dan dikongsi lebih 63,000 kali.

-Malaysia Kini

Tags: KPMRadzi Jidin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

UMNO Padang Terap Lulus Usul Ismail Sabri Yaakob PM

Next Post

PM Jangka PRU15 Dalam Tempoh 30 Hari Lagi

Related Posts

KPM Umum 6 Berita Gembira Untuk Guru, Boleh Mohon Bertukar Selepas 2 Tahun Berkhidmat

KPM Umum 6 Berita Gembira Untuk Guru, Boleh Mohon Bertukar Selepas 2 Tahun Berkhidmat

16/05/2025
0

KUCHING: Permohonan pertukaran guru boleh dibuat selepas berkhidmat cukup dua tahun tanpa syarat adalah antara enam berita gembira diterima warga...

KPM Diminta Perhebat Profesionalisme Perguruan Seiring Keperluan Pendidikan Abad Ke-21

KPM Diminta Perhebat Profesionalisme Perguruan Seiring Keperluan Pendidikan Abad Ke-21

16/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Institut Masa Depan Malaysia (MASA) meminta Kementerian Pendidikan (KPM) memperhebat usaha memperkukuh profesionalisme perguruan menerusi inovasi pedagogi, penyediaan...

Next Post
PM Jangka PRU15 Dalam Tempoh 30 Hari Lagi

PM Jangka PRU15 Dalam Tempoh 30 Hari Lagi

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd