• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU15: Meta Umum Inisiatif Lindungi Integriti Pilihan Raya Malaysia

oleh Mohd Arshad
20/10/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PRU15: Meta Umum Inisiatif Lindungi Integriti Pilihan Raya Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Meta Malaysia hari ini mengumumkan beberapa inisiatif berhubung usahanya untuk membantu melindungi integriti pilihan raya umum, memerangi maklumat salah, ucapan kebencian serta peruntukan untuk mempertingkatkan literasi digital di Malaysia.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Jabatan Politik dan Jangkauan Kerajaan, Roy Tan, berkata inisiatif berkenaan bertujuan menyukarkan campur tangan ke atas pilhan raya serta memudahkan pengguna untuk bersuara sepanjang proses pilihan raya.

“Meta komited dalam menangani kandungan berbahaya di platform kami, yang dijangka meningkat sepanjang (kempen) pilihan raya.

“Hal ini merangkumi maklumat salah, salah pernyataan dan campur tangan serta ucapan kebencian,” katanya.

Meta mempunyai pasukan khas bertanggungjawab atas setiap pilihan raya di seluruh dunia.

“Sangat penting bagi kami sebagai sebuah syarikat yang bertanggungjawab, untuk memastikan usaha kami adalah selaras dengan inisiatif kami menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15),” tambahnya.

Ketua Dasar Awam, Noudhy Valdryno, pula berkata inisiatif syarikat bertujuan membantu melindungi integriti pilihan raya Malaysia, dibina atas usaha syarikat yang sudah lama wujud demi memahami dan menangani bagaimana media sosial digunakan di Malaysia, dan ia akan diteruskan menjelang, semasa dan selepas undian dilakukan.

Antara inisiatif Meta bagi menghadapi PRU15 ialah:-

* Menyokong pengundi yang berpengetahuan.

Meta berkongsi amalan terbaik kepada pihak berkuasa pilihan raya dan pihak-pihak berkenaan termasuk agensi-agensi kerajaan, organisasi media, badan pemantau pilihan raya, badan bukan Kerajaan (NGO) serta calon-calon pilihanraya tentang cara menggunakan aplikasi kami dengan berkesan dan bertanggungjawab.

Selain itu, ia turut menyokong penerbit berita untuk menghasilkan kandungan yang bertanggungjawab dan berkualiti. Meta juga akan melancarkan peringatan tentang pengundian yang akan membawa pengguna ke maklumat rasmi daripada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR)

* Memerangi maklumat salah

Sejak beberapa tahun lalu, Meta telah mempertingkatkan usaha untuk memerangi maklumat salah dengan membuat peruntukan ke atas pasukan, teknologi dan usaha sama demi memastikan keselamatan pengguna platform-platform Meta.

Ini termasuk pengeluaran kandungan di Facebook dan Instagram yang tidak menggalakkan atau mengganggu pengundian, contohnya maklumat yang tidak betul mengenai tarikh pilihan raya atau nombor calon-calon.

Meta juga bekerjasama dengan organisasi penyemak fakta bebas untuk mengesahkan kebenaran siaran yang dilaporkan tetapi tidak menyalahi Standard Komuniti – di Malaysia, Meta bekerjasama dengan Agence France-Presse (AFP).

Apabila penyemak fakta menandakan sesebuah siaran sebagai palsu, telah diubah atau sebahagian fakta palsu, capaian dan pengedarannya di Facebook akan dikurangkan.

Di Instagram, kandungan sebegini akan ditapis keluar dari ‘Explore’ dan kurang dipaparkan di ‘Feed’ dan ‘Story’. Pengguna yang masih dapat melihat kandungan ini dalam suapan mereka akan dipaparkan dengan label dan pautan yang membawakan mereka lebih banyak maklumat daripada penyemak fakta.

Di WhatsApp, memandangkan mesej disulitkan dari hujung ke hujung, ia bermakna tiada sesiapa kecuali pengirim dan penerima sahaja yang dapat membacanya, dan ia telah memperkenalkan langkah-langkah untuk mengurangkan penularan mesej.

Di samping itu, terdapat had yang dikenakan dalam pemajuan mesej, yang mana sekiranya sesebuah mesej pernah dimajukan, anda hanya boleh memajukan semula ia ke lima perbualan pada masa sama, termasuk maksima satu sahaja perbualan kumpulan.

Ini menjadikan WhatsApp satu daripada sekumpulan kecil syarikat teknologi yang mengekang perkongsian secara sengaja. Langkah ini telah mengurangkan lebih 25 peratus daripada jumlah mesej yang dimajukan di WhatsApp.

Mesej yang dimajukan sebanyak lima kali atau lebih (ditandakan dengan simbol dua anak panah) hanya boleh dikirim semula kepada satu sahaja perbualan, dan ini membawa pengurangan global sebanyak 70 peratus daripada jumlah mesej yang kerap dimajukan.

* Menyokong Literasi Digital di Malaysia

Meta melancarkan We Think Digital (WTD), sebuah program literasi digital yang direka untuk mempersiapkan pengguna dengan kemahiran untuk berfikir dengan kritis mengenai kandungan dan maklumat yang ditemui dalam talian, mengenal pasti berita palsu dan menjadi warga digital yang bertanggungjawab.

Menerusi kerjasama dengan Teach for Malaysia (TFM), program ini telah melatih lebih daripada 2640 pelajar dari 200 buah sekolah di seluruh negara sejak tahun 2020, termasuk modul yang baharu diperkenalkan iaitu cara-cara untuk mengenal dan melaporkan penipuan dalam talian.

* Mempertingkatkan ketelusan iklan politik

Matlamat Meta adalah untuk memberitahu pengguna siapa yang meletakkan iklan yang mereka lihat di dalam semua aplikasinya, supaya mereka boleh membuat keputusan yang bijak pada hari mengundi.

Pengiklan di Malaysia dikehendaki untuk melengkapkan sebuah proses kebenaran iklan dan meletakkan penafian “Dibayar oleh” ke dalam iklan tersebut.

Iklan mengenai pilihan raya atau politik yang disiar di Malaysia akan turut tertampil di Pustaka Iklan supaya pengguna boleh melihat iklan apakah yang sedang disiarkan, siapa yang melihatnya dan berapakah yang telah dibelanjakan. Carian boleh digunakan di arkib yang menyimpan iklan-iklan ini untuk tempoh tujuh tahun.

-Berita Harian

Tags: MetaPilihan RayaPRU-15
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DUN Perlis: Speaker Minta Pilihan Raya Diadakan

DUN Perlis: Speaker Minta Pilihan Raya Diadakan

25/12/2025
0

KANGAR - Tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis perlu diisi semula sebagai kepentingan kestabilan kerajaan negeri dalam memberikan khidmat...

‘Tanya Dia, Dia Bagi Kat Siapa Duit Tu’, Reaksi Sanusi Kepada Dakwaan Marzuki

‘Tanya Dia, Dia Bagi Kat Siapa Duit Tu’, Reaksi Sanusi Kepada Dakwaan Marzuki

17/09/2025
0

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan beliau tidak pasti pihak mana yang menerima dana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd