• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU-15: PH Lancar Manifesto 2 November

oleh Mohd Arshad
28/10/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PRU-15: PH Lancar Manifesto 2 November
Share on FacebookShare on Twitter

JEMPOL : Pakatan Harapan (PH) akan melancarkan manifestonya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada 2 November ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi Jawatankuasa Manifesto PH Pusat, Adly Zahari berkata, manifesto yang akan dikenali sebagai ‘Tawaran Harapan Kita Boleh’ antara lain akan memberi penekanan kepada kebajikan rakyat, dijangka dilancarkan oleh Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Manifesto ini akan berdasarkan tiga teras penting iaitu melibatkan isu kebajikan, ekonomi dan juga sistem yang perlu diberikan pembaharuan terutama melibatkan sistem pentadbiran termasuk mengenai saiz Kabinet.

“Juga yang paling diberikan keutamaan dalam manifesto ini adalah bagaimana kita mahu membawa Malaysia ke hadapan dan kami akan berikan solusi yang menjadi sebahagian penyelesaian kepada masalah yang dihadapi dalam negara.

“Jika ia boleh dirangkumkan semua itu, paling tidak, bukan sahaja kami melihat tawaran yang akan diberikan dan apa yang mahu dilakukan, tetapi, fokus juga kepada bagaimana kita mahu lakukan selepas daripada kami akan diberikan mandat oleh rakyat,” katanya.

Beliau yang juga Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pengenalan Calon dan Pelancaran Jentera PRU-15 Amanah Negeri Sembilan di sini malam semalam.

Adly menambah, manifesto PH itu juga telah disiapkan dengan mengambil semua pandangan dan masalah-masalah dalam negara.

Jelasnya, ada juga tawaran-tawaran pada manifesto PH pada pilihan raya umum yang lalu juga akan diteruskan dan ditawarkan juga menerusi manifesto untuk PRU-15 nanti termasuklah mengurangkan kadar tol dan menstabilkan harga minyak.

“Kami komited dengan itu (kurangkan kadar tol dan stabilkan harga minyak), bagi kami, perkara teras dalam kehidupan rakyat itu akan kami berikan keutamaan khususnya yang melibatkan harga barangan.

“Kalau kita tahu isu melibatkan harga barang ini banyak terkait dengan produktiviti termasuk berkenaan pekerja asing dan penggunaan teknologi. Ia (produktiviti) harus diberikan tumpuan, jika tidak inflasi negara akan terus meningkat,” katanya lagi.

Sementara itu, beliau memaklumkan, Amanah akan mengumumkan calonnya yang akan bertanding pada PRU-15 secara rasmi pada Ahad ini di Wisma Amanah di ibu negara.

-Utusan Online

Tags: manifestoPHPRU-15
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kenyataan ‘Meraikan’ Boleh Jejas Kerjasama PH, BN Dalam Kerajaan MADANI – Kian Ming

Kenyataan ‘Meraikan’ Boleh Jejas Kerjasama PH, BN Dalam Kerajaan MADANI – Kian Ming

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Kenyataan 'meraikan' yang ditulis bekas Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin dalam...

‘Tanya Dia, Dia Bagi Kat Siapa Duit Tu’, Reaksi Sanusi Kepada Dakwaan Marzuki

‘Tanya Dia, Dia Bagi Kat Siapa Duit Tu’, Reaksi Sanusi Kepada Dakwaan Marzuki

17/09/2025
0

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan beliau tidak pasti pihak mana yang menerima dana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd