• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU-15: BN Sabah Akan Cadang Nama Calon TPM

oleh AK-47
27/10/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PRU-15: BN Sabah Akan Cadang Nama Calon TPM
Share on FacebookShare on Twitter

Kota Kinabalu : Barisan Nasional (BN) Sabah akan mencadangkan nama calon Timbalan Perdana Menteri (TPM) dalam kalangan pemimpin di negeri itu yang dikenal pasti layak menggalas jawatan nombor dua kerajaan persekutuan itu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusinya, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, langkah itu sejajar komitmen BN melaksanakan manifestonya termasuk berkaitan jawatan TPM dari Sabah yang dicadang Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika program Gelombang Biru BN di Kimanis, akhir minggu lalu.

Bung Moktar berkata, jawatan TPM dari Sabah yang akan dimasukkan dalam Manifesto BN Sabah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bulan depan bukan hanya gelaran atau sekadar nama jawatan bagi memikat hati rakyat Sabah.

“BN Sabah sedia mencadangkan calon TPM yang berwibawa, fokus kepada tugas sebagai TPM bagi membawa suara rakyat Sabah terutamanya dalam aspek pembangunan infrastruktur, pendidikan, kesihatan, kebajikan dan lain-lain lagi.

“TPM dari Sabah bukan sahaja gelaran semata-mata tetapi diberikan kuasa menentukan apa juga program berkaitan pembangunan di Sabah kerana perkara ini yang amat kita perlukan di negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan pemimpin Pakatan Harapan (PH) Sabah yang mendakwa lebih awal memasukkan jawatan kedua TPM untuk Sabah dan Sarawak dalam manifesto mereka.

PH mendakwa perkara itu sepatutnya diumumkan pada pelancaran manifesto PH, namun terpaksa disebut lebih awal apabila Ahmad Zahid mengumumkan tiga jawatan TPM, masing-masing mewakili Semenanjung, Sabah dan Sarawak jika BN menang dominan pada PRU15.

Mengulas lanjut, Bung Moktar yang juga Pengerusi BN Sabah berkata, cadangan PH mengenai jawatan TPM bukan perkara baharu, namun tidak pun dilaksanakan meskipun berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 2018.

“Kita mengakui memang parti pembangkang Sabah, PH dan lain-lain ada membuat cadangan awal mengenai jawatan TPM dari Sabah dan Sarawak tapi gagal dilaksanakan.

“Ini kerana mereka tidak konsisten selain tiada kesepakatan dalam kepemimpinan PH sendiri. Itu menyebabkan cadangan mereka gagal dilaksanakan.

“Lagipun bagi PH, manifesto atau janji mereka bukan kitab suci, berbeza dengan BN, apa yang kita kata mesti dikota,” katanya.

Ketika program Gelombang Biru dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya BN Zon 3 Sabah di Kimanis pada Ahad lalu, Ahmad Zahid meminta Bung Moktar supaya memasukkan jawatan TPM dari Sabah dalam manifesto khusus untuk Sabah bagi PRU15.

Ahmad Zahid berkata, tiada masalah untuk melantik sehingga tiga TPM, masing-masing untuk Semenanjung, Sabah dan Sarawak memandangkan perkara itu tidak dijelaskan dalam Perlembagaan Negara.

-Harian Metro

Tags: BN SabahPRU-15tpm
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Armishah Calon BN Lawan Tun Mahathir Di Langkawi?

Next Post

Najib Tidak Dibenar Cabar Keputusan Jabatan Penjara

Related Posts

Surat Palsu Nama TPM: Polis Akan Mohon Sambung Reman Pengawal Keselamatan

Surat Palsu Nama TPM: Polis Akan Mohon Sambung Reman Pengawal Keselamatan

19/11/2024
0

Kuala Lumpur : Polis akan memohon untuk menyambung reman terhadap pengawal keselamatan yang ditahan berhubung penyebaran surat palsu menggunakan nama...

TPM Dedah Draf MoU Peruntukan Pembangkang, Bukti Ketelusan

TPM Dedah Draf MoU Peruntukan Pembangkang, Bukti Ketelusan

16/09/2024
0

Kuala Lumpur : Kerajaan Perpaduan hari ini mendedahkan dua draf Memorandum Persefahaman (MoU) yang dirangka bersama sebagai bukti ketelusan dalam...

Next Post
Najib Tidak Dibenar Cabar Keputusan Jabatan Penjara

Najib Tidak Dibenar Cabar Keputusan Jabatan Penjara

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd