• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Program MUDA Kecoh Lagi

oleh Mohd Arshad
23/10/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Program MUDA Kecoh Lagi
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR : Program Malam Mesra Muo anjuran Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dicemari insiden provokasi buat kali kedua dalam tempoh seminggu, kali ini lebih agresif sehingga menyebabkan pemimpin tertinggi parti itu mengalami kecederaan dan beberapa kenderaan dirosakkan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Acara pengumpulan dana parti Muda yang diadakan di Jalan Bakri, di sini malam tadi menjadi kecoh apabila kira-kira 30 lelaki yang memakai hoodie dan pelitup muka membuat kacau di lokasi tersebut.

Pengerusi Muda Johor, Azrol Rahani berkata, dalam kejadian pukul 9.30 malam itu, kumpulan tersebut mengganggu perjalanan majlis apabila cuba memasuki dewan berkenaan.

Apabila disekat, kumpulan lelaki tersebut mula berteriak ke arah penganjur program dengan mengarahkan program kutipan dana yang dihadiri Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu dihentikan dan segera meninggalkan tempat itu.

“Mereka mula melakukan kekacauan dengan membaling botol, menolak sukarelawan dan anggota Muda, membaling mercun serta menendang merosakkan kenderaan sebelum meninggalkan tempat itu.

“Kesemua mereka yang mengenakan hoodie dan memakai pelitup muka. Bagaimanapun kami sempat merakam gambar mereka untuk diserahkan kepada polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kejadian itu, Pengerusi Muda Sabah, Amos Thien mengalami cedera ringan akibat terjatuh mengelak mercun yang dibaling kumpulan tersebut.

Antara kereta yang dirosakkan ialah kereta Honda City milik pengasas bersama Muda, Lim Wei Jiet.

Syed Saddiq turut memuat naik dua klip video berdurasi 15 dan 46 saat dalam laman sosialnya menunjukkan sekumpulan lelaki berbaju hitam memakai pelitup hidung dan mulut melaungkan perkatan ‘balik’ sebagai provokasi terhadap tetamu yang hadir pada program berkenaan.

Ahad lalu, ceramah Mega Muar yang dianjurkan Muda di Parit Jawa turut dicemari insiden provokasi sekumpulan lelaki bermotosikal.

Difahamkan, polis menahan tiga individu ketika mereka cuba untuk memasuki kawasan tersebut kali kedua bagi mengganggu perjalanan majlis.

Azrol menambah, pihak penganjur turut sempat merekodkan nombor pendaftaran kenderaan yang digunakan kumpulan terbabit.

“Kita akan membuat laporan polis berhubung insiden kekecohan yang berlaku ini. Segala bukti yang kami ada supaya akan diberikan kepada polis bagi membolehkan siasatan dilakukan. Dalang politik kotor ini mesti ditangkap! Ini negara demokrasi,” katanya.

-Utusan Online

Tags: mudaProgram MUDASyed Saddiq
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Zahid: UMNO Letak Ketua Bahagian Tanding Di Tambun

Next Post

PRU-15: Syed Saddiq Beri Isyarat Pertahan Kerusi Parlimen Muar

Related Posts

Syed Saddiq Berniat Jahat, Guna Alasan Manfaat Politik Untuk Arah Keluar RM1 Juta: Pendakwaan

Syed Saddiq Berniat Jahat, Guna Alasan Manfaat Politik Untuk Arah Keluar RM1 Juta: Pendakwaan

20/03/2025
0

Putrajaya: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berniat jahat dengan berselindung di sebalik alasan political mileage (manfaat politik)...

Rayuan Syed Saddiq Mula Didengar, Esok Sambung Hujahan Pendakwaan

Rayuan Syed Saddiq Mula Didengar, Esok Sambung Hujahan Pendakwaan

19/03/2025
1

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mula mendengar hujahan daripada pihak pembelaan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang...

Next Post
PRU-15: Syed Saddiq Beri Isyarat Pertahan Kerusi Parlimen Muar

PRU-15: Syed Saddiq Beri Isyarat Pertahan Kerusi Parlimen Muar

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd