• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Rampas Dadah RM124,750

oleh AK-47
19/10/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Polis Rampas Dadah RM124,750
Share on FacebookShare on Twitter

Kota Bharu : Polis menahan tiga lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM124,750 menerusi tiga serbuan berasingan di tiga daerah, semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, rampasan itu membabitkan dadah bernilai RM40,000 di Pasir Mas, RM69,750 di Tumpat dan RM15,000 di jajahan Tanah Merah.

Katanya, dalam serbuan pertama, anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) menahan suspek berusia 22 tahun yang berada di hadapan sebuah rumah di Kampung Sakar, Tendong, Pasir Mas, pada 7.31 pagi.

“Sebaik menyedari kehadiran polis, suspek bertindak melarikan diri dan dilihat melemparkan plastik berwarna putih ke dalam hutan berhampiran.

“Suspek bagaimanapun berjaya ditahan anggota, manakala hasil siasatan di dalam plastik yang dilempar, menemui 4,000 biji pil kuda dipercayai milik suspek,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Muhamad Zaki berkata, serbuan kedua membabitkan tangkapan seorang peniaga berusia 25 tahun melalui serbuan di sebuah rumah di Kampung Tebing Pengkalan Kubor, Tumpat.

Katanya, menerusi serbuan 8.18 pagi itu, anggota merampas beg milik suspek yang mengandungi 503 gram (g) dadah jenis ganji, 100g heroin, 450 biji pil Psikotropik dan dua biji pil kuda.

“Serbuan ketiga pula membabitkan tangkapan seorang lelaki yang juga penganggur berusia 42 tahun dan 500 biji pil kuda dan 20.2g heroin di di Felda Kemahang Dua, Tanah Merah dam 3.38 petang hari yang sama.

“Kesemua suspek yang ditahan disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 serta ditahan reman selama tujuh hari bermula 18 sehingga 24 Oktober untuk siasatan lanjut.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati dua daripada suspek positif dadah manakala semakan laporan mengesahkan kesemua suspen mempunyai rekod lampau membabitkan penyalah gunaan dadah,” katanya.

Menurutnya, hasil rampasan pada hari berkenaan, pihaknya turut merampas dolar Amerika bernilai AS$10,000 (RM47,200) dan wang Thailand berjumlah 4,800 Baht (RM595.05).

-Harian Metro

Tags: dadahpolisrampas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

30/03/2026
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 berhubung tindakan lain boleh dikenakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd