• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 3, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Petronas Tegas Lawan Tuntutan Aset Oleh Waris Kumpulan Sulu

oleh Mohd Arshad
02/10/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Petronas Tegas Lawan Tuntutan Aset Oleh Waris Kumpulan Sulu
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Syarikat minyak dan gas nasional, Petronas menegaskan akan melawan sebarang tuntutan ke atas asetnya oleh waris kumpulan Sulu, yang menuntut pampasan sebanyak AS$15 bilion (RM69.5 bilion) daripada Malaysia.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam satu email kepada Reuters, Petronas dilapor akan terus mempertahan pendirian tuntutan terhadap aset tersebut berasaskan undang-undang.

“Sebarang tindakan yang dikatakan menyasarkan syarikat ini berhubung kes ini adalah tidak berasas dan Petronas terus mempertahan pendirian undang-undangnya,” katanya, semalam.

Julai lalu, media antarabangsa melaporkan, waris kumpulan Sulu merampas aset Petronas yang diperbadankan di Luxembourg, iaitu Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus, dengan nilai dilaporkan mencecah lebih AS$2 bilion (RM8.8 bilion).

Langkah itu adalah sebahagian tindakan undang-undang yang dikemukakan pada 2017 oleh waris Sultan Sulu untuk mendapatkan pampasan terhadap tanah di Sabah yang didakwa mereka dipajak oleh nenek moyang mereka kepada sebuah syarikat perdagangan British pada 1878.

Waris kumpulan Sulu menyasarkan aset Malaysia yang berada di luar negara selepas keengganan kerajaan mengiktiraf keputusan ditetapkan penimbang tara pada Februari lalu yang mengarahkan Malaysia membayar pampasan berjumlah AS$14.92 bilion kepada pihak mendakwa sebagai waris kumpulan Sulu.

Malaysia mematuhi perjanjian pajakan tanah pada 1878 sehingga 2013, dengan membayar waris kumpulan Sulu kira-kira AS$1,000 (RM4,637) setahun.

Bagaimanapun, Malaysia menghentikan pembayaran berikutan kes pencerobohan pengikut kumpulan berkenaan di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah, pada 12 Februari 2013.

Dalam pada itu, media pada Jumaat lalu melaporkan, Malaysia berpendirian bahawa tindakan kumpulan Sulu memohon untuk menyita atau merampas aset-aset Petronas dilihat sebagai suatu pencabulan proses mahkamah malah aset syarikat minyak itu juga bukan milik kerajaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menegaskan, percubaan terkini oleh pihak yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu untuk merampas aset yang didakwa milik Kerajaan Malaysia di Belanda boleh dikatakan sebagai satu lagi tindakan mengambil kesempatan bertentangan.

Malah jelasnya, ia melanggar peraturan timbang tara dan norma di bawah Konvensyen New York dan The United Nations Commission on International Trade Law (UNCITRAL).

-Utusan Online

Tags: petronasTuntutan AsetWaris Kumpulan Sulu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

120 Maut, 180 Cedera Dalam Rusuhan Bola Sepak Di Indonesia

Next Post

Penagih Dadah Kantoi Mencuri

Related Posts

Tuntutan Sarawak Terhadap PETRONAS Tidak Terbatal Dengan MoU – Abang Johari

Tuntutan Sarawak Terhadap PETRONAS Tidak Terbatal Dengan MoU – Abang Johari

22/05/2025
0

KUCHING: Notis tuntutan kerajaan Sarawak terhadap Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) tidak terbatal secara automatik susulan deklarasi yang ditandatangani bersama Kerajaan...

Kawasan Jajaran Paip Gas PETRONAS Di Pendang Diceroboh Untuk Dapatkan Tanah Merah – EXCO Kedah

Kawasan Jajaran Paip Gas PETRONAS Di Pendang Diceroboh Untuk Dapatkan Tanah Merah – EXCO Kedah

23/04/2025
2

ALOR SETAR: Kerajaan negeri mengesan aktiviti pencerobohan di kawasan jajaran laluan paip gas milik PETRONAS di dua kawasan di Pendang....

Next Post
Penagih Dadah Kantoi Mencuri

Penagih Dadah Kantoi Mencuri

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd