• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemilihan Calon Amanah Di Peringkat Akhir

oleh AK-47
15/10/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Pemilihan Calon Amanah Di Peringkat Akhir
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Parti Amanah Negara (Amanah) berada di peringkat akhir untuk memuktamadkan calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ahli Parlimen Hulu Langat, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus berkata, tidak mudah untuk menentukan calon terbaik dari kalangan yang terbaik kerana Amanah mempunyai ramai tokoh berkelayakan.

“Pemilihan calon sudah berada di peringkat akhir dan tidak semua yang bekerja bertungkus lumus di bawah akan menjadi calon, namun mereka mengetahui peranan besar mereka.

“Seperti saya sebut di Konvensyen Amanah di Negeri Sembilan, pemimpin lama akan pergi berperingkat-peringkat dan kami sentiasa ‘groom’ anak muda yang ‘handal’ itu termasuk wanita, bekerja keras di kawasan dan negeri,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, Hasanuddin berkata, sejak awal lagi parti berkenaan mendidik semua peringkat kepimpinan parti agar fokus kepada kemenangan bagi menghadapi pilihan raya.

“Ini kerana mereka yang berada di lokasi pengundi lebih mengenali keperluan dan ragam pengundi di peringkat tempatan ketika kami (kepimpinan) rancak meninjau isu-isu peringkat kebangsaan,” katanya.

Pada 11 September lalu, Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub dilaporkan berkata, parti itu menyasarkan bertanding di 40 kerusi Parlimen dalam PRU15 iaitu penambahan 13 kerusi berbanding 27 kerusi pada PRU14.

Beliau berkata, Amanah akan meletak calon di semua kawasan sama ada di bandar dan kawasan kampung.

-Sinar Harian

Tags: AmanahCalonPRU-15
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ini Bukan Masa Untuk Berpolitik Secara Sempit – Mujahid

Ini Bukan Masa Untuk Berpolitik Secara Sempit – Mujahid

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan bahawa kini bukan masa...

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak mengecam sikap pembangkang menunggang isu harga minyak demi keuntungan politik. Timbalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd