• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Papan Tanda, Pagar Kediaman Rasmi MB Kedah Disimbah Cat Merah Biru

oleh Mohd Arshad
17/10/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Papan Tanda, Pagar Kediaman Rasmi MB Kedah Disimbah Cat Merah Biru
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR : Papan tanda dan pagar di pintu masuk kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon, di sini, disimbah cat merah dan biru, oleh pihak tidak bertanggungjawab, semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, berkata bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10 pagi.

Beliau berkata, hasil siasatan menemui empat plastik cat iaitu dua daripadanya berwarna merah dan dua lagi plastik biru berhampiran pokok di kawasan kejadian yang ditinggalkan individu terbabit.

“Kejadian disedari kakitangan pengawal di situ pada jam 9.55 pagi tadi (semalam) sebelum dimaklumkan kepada polis.

“Kawasan ini tidak mempunyai rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV), namun kita akan mencari bantuan CCTV berhampiran seperti di lampu isyarat Pantai Johor untuk mencari bukti bagi membantu siasatan,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian, semalam.

Ahmad Shukri berkata, pihaknya percaya berkemungkinan kejadian itu berlaku sekitar awal pagi semalam sebelum disedari pada kira-kira jam 10 pagi.

Beliau berkata, tiada kerosakan berlaku di tempat kejadian melainkan simbahan cat di lokasi yang boleh dicuci semula.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat,” katanya.

Ahmad Shukri turut menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) ini.

Beliau berkata, siasatan sedang dilakukan untuk mengenal pasti individu yang melakukan kegiatan itu.

Terdahulu, pasukan dari Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah melakukan siasatan di tempat kejadian.

Difahamkan, Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ketika ini berada di Kuala Lumpur atas urusan rasmi kerajaan negeri.

-Berita Harian

Tags: Kediaman RasmiMB Kedahsimbah cat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zuraida Dakwa Kenyataan MB Kedah Seksis, Hina Pemimpin Wanita

Zuraida Dakwa Kenyataan MB Kedah Seksis, Hina Pemimpin Wanita

13/11/2022
0

PETALING JAYA : Kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor yang mempersoal kemampuan wanita untuk menjadi wakil...

Tiada Asas Tukar MB Kedah

Tiada Asas Tukar MB Kedah

21/07/2022
0

Alor Setar : Pas Kedah menafikan berlaku sebarang usaha bagi menggantikan Menteri Besar negeri itu yang kini disandang Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd