• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Lelaki Terjun Sungai Pengkalan Datu Ditemukan Sejauh 4km

oleh Mohd Arshad
31/10/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Mayat Lelaki Terjun Sungai Pengkalan Datu Ditemukan Sejauh 4km
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU: Mayat seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjun ke dalam Sungai Pengkalan Datu dari Jambatan Pok Nik Loh, Jalan Kampung Hujung Tanjung di sini hari ini ditemukan petang tadi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Kelantan, Zainal Madasin berkata, mayat mangsa yang berusia 38 tahun ditemukan sejauh empat kilometer dari jambatan itu kira-kira pukul 2.40 petang.

Menurutnya, bomba menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian itu sebelum 25 orang anggota dari Balai Bomba Pengkalan Chepa, Pasir Tumboh dan Pengkalan Kubor bergegas ke lokasi kejadian.

“Kita turut menghantar Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Pengkalan Chepa yang turut dibantu PPDA Pengkalan Kubor.

“Mangsa kemudian ditemukan pada jarak empat kilometer dari Jambatan Pok Nik Loh. Anggota bomba menyerahkan mayat mangsa kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat JBPM Kelantan, Tunjong di sini hari ini.

Sementara itu, isteri mangsa, Siti Najwa Kamarudin, 28, ketika dihubungi berkata, dia bersyukur mayat suaminya ditemukan.

“Meskipun sedih dengan kejadian itu, dia tetap reda dan perlu kuat demi anak-anak. Saya berharap jenazah suami dapat diuruskan segera dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Dusun Durian, Panchor dekat sini,” jelasnya.

UtusanOnline-

Tags: lemasMayatSungai Pengkalan Datu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Mayat Mungkin Hanyut Ke Laut Jika Tak Tersekat Di Perangkap Sampah’ – Ketua Polis Dang Wangi

‘Mayat Mungkin Hanyut Ke Laut Jika Tak Tersekat Di Perangkap Sampah’ – Ketua Polis Dang Wangi

21/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Mayat lelaki yang dihanyutkan kepala air di Sungai Klang, di sini, Isnin lalu ditemukan tersangkut pada perangkap sampah...

Mayat Mangsa Dihanyut Arus Sejauh 65 KM

Mayat Mangsa Dihanyut Arus Sejauh 65 KM

21/11/2025
0

KUALA LUMPUR - Mayat mangsa yang dihanyutkan arus deras Sungai Klang berhampiran Jambatan Saloma di sini ditemui dalam jarak 65...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd