• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LHDN Dibenar Tuntut Cukai RM1.054 Bilion Daripada Jho Low

oleh Mohd Arshad
18/10/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
LHDN Dibenar Tuntut Cukai RM1.054 Bilion Daripada Jho Low
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN : Mahkamah Tinggi di sini semalam membenarkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) membuat tuntutan cukai kira-kira RM1.054 bilion daripada ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pesuruhjaya Kehakiman, Kenneth Yoong Ken Chinson St. James menerusi penghakiman terus membenarkan permohonan LHDN itu dengan faedah lima peratus setahun dari tarikh penghakiman dengan kos RM15,000.

Penghakiman terus adalah permohonan yang difailkan oleh pihak yang memulakan tuntutan di mahkamah untuk mendapatkan penghakiman tanpa perlu melalui proses perbicaraan.

Tuntutan saman terhadap Jho Low itu dikemukakan LHDN tahun lalu selepas ahli perniagaan berkenaan didakwa gagal mengemukakan penyata cukai bagi tahun 2013 dan 2014 dengan nilai sebenar RM1,053,972,936.58.

Dalam penghakiman sebanyak 60 muka suratnya, Kenneth antara lain merumuskan, pembelaan Jho Low yang mana beliau tidak mempunyai akaun di Malaysia dan tidak menjalankan apa-apa perniagaan di Malaysia dalam tempoh tuntutan oleh LHDN itu tidak boleh diterima.

Sehubungan itu katanya, mahkamah berpandangan tidak perlu menimbangkan dua penegasan itu (tidak mempunyai akaun di Malaysia dan tidak menjalankan apa-apa perniagaan di Malaysia) sebagai pembelaan daripada pihak tertuduh.

Tahun lalu, LHDN turut memfailkan saman terhadap Eric Tan Kim Loong yang didakwa sebagai sekutu Jho Low memintanya membayar cukai pendapatan berjumlah RM68 juta.

Media sebelum ini melaporkan Eric Tan merupakan sekutu rapat Jho Low dan turut terlibat dalam transaksi berbilion ringgit dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tuntutan sama turut dibuat LHDN terhadap dua lagi ‘rakan’ Jho Low iaitu bekas pengarah 1MDB, Casey Tang Keng Chee dan bekas pegawai undang-undang 1MDB, Jasmine Loo Ai Swan tahun lalu membabitkan tunggakan cukai pendapatan berjumlah RM9.3 juta.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur turut menjatuhkan hukuman penjara terhadap Jho Low dan bapanya, Tan Sri Larry Low Hock Peng kerana menghina mahkamah dan memerintahkan mereka membayar kos RM5,000 akibat tidak mematuhi dua perintah injunksi yang dikeluarkan baru-baru ini.

Sehingga kini, keberadaan Jho Low yang merupakan saksi penting dalam skandal 1MDB masih menjadi misteri.

-Utusan Online

Tags: CukaiJho LowLHDN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Waris Si Mati Wajib Bayar Cukai Tertunggak LHDN

Waris Si Mati Wajib Bayar Cukai Tertunggak LHDN

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Persoalan hukum sama ada waris individu yang sudah meninggal perlu membayar tunggakan cukai pendapatan ditinggalkan si mati terjawab...

LHDN Terima 820.5 Juta E-Invois Sejak Dilaksana Ogos 2024

LHDN Terima 820.5 Juta E-Invois Sejak Dilaksana Ogos 2024

22/12/2025
0

CYBERJAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima 820.5 juta e-Invois sejak ia mula dilaksanakan pada 1 Ogos 2024. Ketua Pegawai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd