• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Layak Terima Potongan Cukai Derma Kepada Masjid

oleh AK-47
25/10/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Layak Terima Potongan Cukai Derma Kepada Masjid
Share on FacebookShare on Twitter

Menderma dan memberi merupakan satu amalan yang mulia di sisi agama Islam lebih-lebih lagi jika derma itu kepada jalan Allah S.W.T.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ia termasuklah menderma kepada masjid-masjid dan surau dimana penggunaan wang tersebut adalah untuk mengimarahkan kerja agama.

Firman Allah SWT :

الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُم بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ سِرًّا وَعَلَانِيَةً فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ

Maksudnya : Orang-orang Yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, Dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian Yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita. – (Surah Al-Baqarah ayat 274)

Menderma kepada masjid atau surau bukan sahaja akan mendapat pahala untuk kemaslahatan di akhirat, malah terdapat manfaat duniawi yang boleh dinikmati disebaliknya.

Ia secara rohaniah dapat membersihkan jiwa seorang muslim daripada sifat tamak dan kedekut untuk mengeluarkan wang mereka bagi manfaat insan lain.

Dalam konteks kewangan pula, menderma kepada masjid atau surau melayakkan seseorang untuk menuntut potongan cukai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL).

Benar. Pembayar cukai yang menderma kepada masjid atau surau boleh membuat tuntutan potongan bagi derma yang dibuat, bagaimanapun terdapat syarat perlu dipenuhi.

Derma itu hendaklah dibuat kepada tabung yang diluluskan Ketua Pengarah HASiL dan selalunya kelulusan (pemberitahu menerusi warta) berkenaan dinyatakan atas resit derma.

Langkah ini bukan bersifat birokrasi atau mahu menyulitkan pembayar cukai yang mahu manfaat itu, sebaliknya bagi mengelakkan anasir penipuan.

Justeru, menjadi tanggungjawab institusi atau organisasi selepas mendapat kelulusan di bawah subseksyen 44(6) ACP 1967 untuk memenuhi perkara berikut:

i. Resit rasmi –

a. Semua derma yang diterima dalam bentuk tunai atau melalui perbankan internet, cek/ kiriman wang/ wang pos/ draf bank perlu menggunakan resit rasmi.

b. Resit rasmi mesti mengandungi maklumat:

– Nama dan alamat institusi atau organisasi

– Nombor siri resit rasmi yang bercetak (preprinted)

– Tarikh resit

– Nama penderma berserta dengan nombor kad pengenalan, nombor passport dan nombor pendaftaran perniagaan penderma

– Alamat surat menyurat penderma

– Jawatan pemungut (collector) seperti Presiden atau Bendahari dan

– Catatan berikut sebagai contoh:

“Potongan Di Bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967: Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.XXXX Tarikh Kuatkuasa: 1 Ogos 2017 hingga 31 Jun 2024”

Bagaimanapun, harus dingati resit tidak layak diberi kepada penderma yang gagal memberikan maklumat yang lengkap berkaitan dirinya.

Maklumat lengkap bagi penderma individu adalah nama penderma, nombor kad pengenalan atau nombor pasport dan alamat lengkap.

Manakala bagi penderma selain individu perlu mempunyai maklumat seperti nama penderma, nombor pendaftaran dan alamat lengkap. Bagaimana untuk mengetahui tabung atau badan yang diluluskan sangat mudah.

Anda boleh menyemak pada Senarai Institusi Atau Organisasi Yang Diluluskan Dibawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 di portal rasmi HASiL.

Resit derma mesti menunjukkan frasa “Derma ini adalah di bawah Subseksyen 44(6) ACP 1967”

-Mynewshub

Tags: DERMAhasilLHDNMmasjidpotongan cukai
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

5 Sebab Kenapa Usahawan Kecil Wajib Ambil Berat Soal Cukai

5 Sebab Kenapa Usahawan Kecil Wajib Ambil Berat Soal Cukai

01/11/2025
0

5 Sebab Kenapa Usahawan Kecil Wajib Ambil Berat Soal Cukai Cukai bukan beban, tapi pelindung bisnes anda! Kalau nak perniagaan...

Panduan Lengkap Cukai Korporat di Malaysia: Apa yang Setiap Syarikat Perlu Tahu?

Panduan Lengkap Cukai Korporat di Malaysia: Apa yang Setiap Syarikat Perlu Tahu?

02/10/2025
0

Cukai korporat adalah tanggungjawab utama setiap syarikat yang berdaftar di Malaysia. Ia bukan sahaja menjadi satu sumber utama hasil negara,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd