• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Krisis Pencari Suaka, Datuk Bandar New York City Isytihar Darurat

oleh Mohd Arshad
08/10/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Krisis Pencari Suaka, Datuk Bandar New York City Isytihar Darurat
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK: Datuk Bandar New York City, Eric Adams, mengisytiharkan darurat semalam sebagai tindak balas terhadap kemasukan pencari suaka ke bandar itu, yang kian banyak datang dari sempadan selatan Amerika Syarikat (AS).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perintah eksekutif rasmi dikeluarkan bagi mengarahkan semua agensi berkaitan di bandar itu menyelaraskan usaha untuk bertindak balas terhadap krisis kemanusiaan pencari suaka dan membina pusat bantuan kemanusiaan sementara.

Mengikut perintah eksekutif itu, darurat akan terus berkuat kuasa selama 30 hari dan boleh dilanjutkan.

Adams juga meminta bantuan kecemasan Persekutuan dan negeri untuk menangani kemasukan pencari suaka yang berterusan, termasuk menggubal undang-undang bagi membenarkan pencari suaka bekerja.

Selain itu, beliau menggesa penyelarasan strategi untuk mengurangkan kesesakan di sempadan, memindahkan pencari suaka ke bandar lain, bantuan kewangan kecemasan dan reformasi kaedah imigresen.

Kata Adams, sistem perlindungan di New York City kini beroperasi pada kapasiti hampir 100 peratus dan terpaksa menampung lebih 61,000 orang, malah bandar itu juga akan menerima lebih 100,000 pencari suaka tahun depan jika trend semasa berterusan.

“Ini jauh lebih banyak daripada apa yang sistem sedia ada direka untuk kendalikan. Ini tidak mampan. Bandar ini akan kehabisan pembiayaan untuk keutamaan lain,” katanya.

Tambah Adams, lebih 17,000 pencari suaka, kebanyakannya dari Amerika Selatan, dihantar terus ke New York City dari sempadan selatan sejak April.

Bagi menampung pencari suaka, bandar itu juga memberi kontrak kepada 42 hotel sebagai pusat perlindungan kecemasan dengan satu pusat kecemasan kemanusiaan.

Sementara itu, katanya, pusat pemindahan sedang dalam pembinaan di Pulau Randall, dan pihaknya sedang bekerjasama dengan pejabat gabenor New York untuk mengenal pasti lokasi tambahan sebagai pusat pemindahan dan sumber kakitangan.

Adams berkata, New York City dijangka membelanjakan sekurang-kurangnya AS$1 bilion (RM4.64 bilion) menjelang akhir tahun fiskal ini, bermula 1 Oktober untuk krisis pendatang.

Beliau turut menyalahkan motivasi politik dan kekurangan penyelarasan untuk krisis kemanusiaan buatan manusia itu.

“Jika bandar kami mempunyai penyelarasan atau kerjasama daripada mana-mana negeri yang menghantar bas, atau lebih banyak sokongan daripada rakan kongsi kami, maka mungkin kami boleh menganggarkan, menyediakan kakitangan dan memperuntukkan sumber untuk pencari suaka ini,” kata Adams.

Kira-kira sebulan yang lalu, Datuk Bandar Washington DC, Muriel Bowser, turut mengisytiharkan darurat awam di ibu negara itu berikutan ketibaan beribu-ribu pendatang yang menaiki bas dari negeri selatan Texas dan Arizona.

BHonline-

Tags: krisisnew yorkPencari Suaka
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Netanyahu Tegaskan Tidak Takut Kunjungi New York Selepas Ancaman Tangkapan

Netanyahu Tegaskan Tidak Takut Kunjungi New York Selepas Ancaman Tangkapan

14/11/2025
0

LAPORAN BERITA MYNEWSHUB KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menegaskan bahawa dia “tidak takut” untuk berkunjung ke New...

Terkini!… Zohran Mamdani Catat Sejarah Sebagai Datuk Bandar Muslim Yang Pertama Untuk New York City

Terkini!… Zohran Mamdani Catat Sejarah Sebagai Datuk Bandar Muslim Yang Pertama Untuk New York City

05/11/2025
0

TERKINI....ZOHRAN MAMDANI CATAT SEJARAH SEBAGAI DATUK BANDAR MUSLIM PERTAMA NEW YORK CITY NEW YORK, 5 November 2025 – Zohran Mamdani,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd