• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Krisis PBM: Sng Gantung Zuraida, 12 Ahli Majlis Tertinggi

oleh AK-47
29/10/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Krisis PBM: Sng Gantung Zuraida, 12 Ahli Majlis Tertinggi
Share on FacebookShare on Twitter

Krisis kepimpinan dalam Parti Bangsa Malaysia (PBM) semakin meruncing apabila Larry Sng yang mendakwa masih lagi presiden parti yang sah, menggantung Zuraida Kamaruddin sebagai ahli parti itu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Turut dikenakan tindakan yang sama ialah 12 ahli majlis tertingginya.

Mereka ialah Haniza Mohamad Taha, Dr Daroyah Alwi, Rahimah Majid, Dr Sathiskumar Govindaraju, Muhammad Saiful Bahari Sahari, Na’im Brundage, Abdul Aziz Abdul Kadir, Zakaria Abdul Rahim, Muniraa Abu Bakar, Chua Lian Chye, Roger Tan Seng Huat dan Albakri Salim.

Dalam satu kenyataan malam tadi, Sng berkata tindakan itu diambil kerana penglibatan berterusan mereka yang didapati menggugat kepentingan parti dan kepimpinannya.

“Saya menolak dan mengutuk muslihat politik yang telah menjejaskan kepercayaan kepimpinan saya dan telah menyebabkan banyak kekeliruan kepada ahli parti dan masyarakat umum.

“Oleh itu, jawatan mereka akan digantung sehingga jawatankuasa tatatertib ditubuhkan untuk meneliti perkara itu selepas pilihan raya,” katanya sambil menambah mesyuarat majlis tertinggi akan diadakan Ahad ini di Sarawak untuk membincang dan menyelesaikan isu itu dengan segera.

Menurutnya lagi, individu yang digantung tugas itu telah dimaklumkan melalui surat dan mereka tidak akan dijemput untuk menghadiri mesyuarat itu.

Zuraida awal bulan ini “secara rasmi” dilantik sebagai presiden PBM, susulan mesyuarat majlis tertinggi parti itu.

Awal minggu ini, Sng, yang merupakan presiden pengasas PBM, menggantung setiausaha agung parti Hizwan Ahmad dan ketua penerangan Zakaria Abdul Hamid – kedua-duanya adalah sekutu Zuraida.

-Malaysia Kini

Tags: ahli majlis tertinggiKrisis PBMZuraida Kamaruddin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PKR Belum Muktamad 3 Kerusi Dituntut MUDA, PSM

Next Post

Amanah Bertanding Enam Kerusi Di Johor

Related Posts

Insiden Pulau Angsa: Kotak Hitam Helikopter Maritim Malaysia Ditemui

Zuraida: Tindakan Fahmi Persis Pemerintahan Komunis

17/04/2024
0

Timbalan Presiden Muafakat Nasional Zuraida Kamaruddin menyifatkan tindakan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil seperti "pemerintahan negara komunis", susulan arahannya agar Suruhanjaya...

AGC Bantah Permohonan Zuraida Mohon Isytihar Presiden PBM

AGC Bantah Permohonan Zuraida Mohon Isytihar Presiden PBM

12/04/2023
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AGC) membantah permohonan Datuk Zuraida Kamaruddin untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman terhadap...

Next Post
Amanah Bertanding Enam Kerusi Di Johor

Amanah Bertanding Enam Kerusi Di Johor

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd