• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kena Cekup Ketika Judi Sabung Ayam

oleh AK-47
09/10/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Kena Cekup Ketika Judi Sabung Ayam
Share on FacebookShare on Twitter

Kota Tinggi : Seramai 43 lelaki termasuk 16 warga asing ditahan selepas disyaki terbabit dengan aktiviti sabung ayam, semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Mereka yang berusia antara 22 hingga 60 tahun itu ditahan di Batu 17, Ladang Kumpulan Melayu, Tunjuk Laut, Kuala Sedili di sini pada 4.15 petang.

Serbuan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan dibantu Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi, IPD Iskandar Puteri, IPD Johor Bahru Selatan serta IPD Pontian.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, ketika serbuan, 27 lelaki tempatan dan 16 warga asing sedang berjudi sabung ayam.

“Dua lelaki tempatan cuba melarikan diri ketika serbuan, namun berjaya ditahan.

“Hasil operasi, kita merampas 13 ayam laga, sangkar ayam dan beberapa peralatan judi sabung ayam serta wang tunai berjumlah RM8,192,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hussin berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 32(1) (a) & 32 (2)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan, manakala warga asing turut disiasat mengikut Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

“Permohonan reman akan dibuat hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan,” katanya yang mengingatkan orang ramai agar tidak terbabit aktiviti perjudian sebegitu.

-Harian Metro

Tags: JUDIsabung ayam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Judi Di Bengkel Kononnya Nak Cari Duit Beli Baju Raya, 14 Lelaki Ditahan

Judi Di Bengkel Kononnya Nak Cari Duit Beli Baju Raya, 14 Lelaki Ditahan

29/03/2025
0

GEORGETOWN: Sekumpulan 14 lelaki yang sedang asyik berjudi ditahan dalam serbuan di sebuah bengkel kereta di Jalan Sungai Pinang, di...

7 Individu Termasuk Seorang Wanita Didakwa Terbabit Judi

7 Individu Termasuk Seorang Wanita Didakwa Terbabit Judi

06/04/2023
0

Butterworth : Tujuh individu termasuk seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret, di sini atas kesalahan terbabit dalam kegiatan judi tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd