• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 4, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kadar Pengangguran Kekal 3.7 Peratus

oleh AK-47
11/10/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kadar Pengangguran Kekal 3.7 Peratus
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Kadar pengangguran negara kekal di paras 3.7 peratus pada Ogos 2022 berbanding bulan sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ikuti Mynewshub: Telegram

DOSM dalam kenyataan hari ini bagaimanapun berkata, bilangan penganggur mencatatkan pengurangan 1.4 peratus kepada 612,000 orang pada Ogos, berbanding 620,700 orang pada bulan sebelumnya.

Menurut kenyataan berkenaan, kedudukan tenaga buruh pada Ogos ialah 16.63 juta berbanding 16.60 juta pada bulan sebelumnya.

Menurut DOSM, penduduk bekerja pada Ogos tahun ini ialah 16.02 juta orang berbanding 15.98 juta orang pada Julai.

Komposisi terbesar penduduk bekerja adalah kategori pekerja sebanyak 76 peratus, bekerja sendiri (17.5 peratus), majikan (3.4 peratus) dan pekerja keluarga tanpa gaji (3.1 peratus), katanya.

Sementara itu, bilangan penganggur aktif yang direkodkan pada Ogos berkurangan dua peratus iaitu sebanyak 507,300 orang berbanding 517,400 orang pada bulan sebelumnya.

Bagi bilangan luar tenaga buruh mencatatkan penurunan 0.1 peratus kepada 7.24 juta orang pada Ogos berbanding 7.25 juta pada Julai, dengan komposisi terbesar adalah kerja rumah atau tanggungjawab keluarga sebanyak 42.9 peratus.

Luar tenaga buruh merujuk kepada orang yang tidak dikelaskan sebagai bekerja atau menganggur termasuklah suri rumah, pelajar, pesara dan individu yang tidak berminat mencari pekerjaan manakala penganggur aktif adalah mereka yang bersedia untuk bekerja dan aktif mencari pekerjaan.

-Harian Metro

Tags: Kadar Pengangguran
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

SPR Buka Permohonan Sebagai Pemerhati PRU15

Next Post

110 Penumpang Kereta Api Terkandas Tanah Runtuh Selamat Pulang

Related Posts

Kadar Pengangguran Turun 3.1 Peratus – DOSM

Kadar Pengangguran Turun 3.1 Peratus – DOSM

11/03/2025
0

Putrajaya: Bilangan penganggur pada Januari 2025 menurun kepada 533,800 orang, dengan kadar pengangguran 3.1 peratus, menurut Statistik Tenaga Buruh Januari...

Next Post
110 Penumpang Kereta Api Terkandas Tanah Runtuh Selamat Pulang

110 Penumpang Kereta Api Terkandas Tanah Runtuh Selamat Pulang

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd