• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jolok Dipenjara 4 Tahun, Raba Anak Jiran

oleh AK-47
13/10/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Jolok Dipenjara 4 Tahun, Raba Anak Jiran
Share on FacebookShare on Twitter

Melaka : Lelaki dijatuhi hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini, selepas disabitkan kesalahan melakukan amang seksual fizikal dengan meraba paha anak perempuan jirannya, awal bulan ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Tertuduh, Mohd Saperi Sapar, 48, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan.

Hakim Mohd Sabri Ismail membuat keputusan itu selepas menimbangkan rayuan tertuduh, hujah pendakwaan dan fakta kes.

Beliau menetapkan hukuman pemenjaraan bermula dari tarikh ditangkap pada 9 Oktober lalu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa berusia 12 tahun dengan meraba pahanya di sebuah rumah di Paya Luboh, Tangga Batu, dekat sini, pada 2 Oktober lalu, kira-kira jam 11 malam.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum mengikut akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta, pengadu dalam kes itu ialah ibu kandung mangsa berusia 38 tahun.

Pada 3 Oktober lalu kira-kira jam 7 malam, mangsa memberitahu dia diraba di bahagian paha oleh tertuduh yang dikenali sebagai ‘Jolok’ semasa tidur di ruang tamu bersama dua adiknya.

Ia adalah kejadian kedua yang mana sebelum ini ibu mangsa tidak membuat laporan polis kerana mahu memberi amaran kepada tertuduh.

Terdahulu dalam rayuannya, tertuduh memohon dikenakan hukuman ringan.

Pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Nazrin Ali Rahim berhujah supaya hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh bermula dari tarikh ditangkap.

-Harian Metro

Tags: Penjararaba
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

18/12/2025
0

MOSCOW: Sebuah mahkamah yang dikawal Russia di Donetsk, Ukraine, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang warga Britain...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd