• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

HASiL Selami Denyut Nadi Pembayar Cukai

oleh Mohd Arshad
19/10/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
HASiL Selami Denyut Nadi Pembayar Cukai
Share on FacebookShare on Twitter

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) sekali lagi membuktikan agensi kutipan cukai negara tersebut memahami denyut nadi pembayar cukai.

Ikuti Mynewshub: Telegram

HASiL pernah membuat keputusan besar pada tahun tahun 2014 apabila pembayar cukai diberi pilihan untuk tidak mengisi dan menyerahkan Borang Nyata (BN).

Pembayar cukai boleh memilih untuk tidak mengisi dan menyerahkan BN, tetapi HASiL akan menganggap jumlah PCB yang telah dikenakan adalah tepat.

Langkah itu diambil sebagai suatu kemudahan kepada pembayar cukai yang berasa terbeban untuk mengisi BN setiap tahun tanpa perlu berdepan risiko dikenakan penalti.

Baru-baru ini HASiL mengulangi dasarnya yang memudahkan pembayar cukai dengan mengumumkan penangguhan bayaran cukai pegangan bernilai kecil bagi pendapatan royalti faedah dan pendapatan kelas khas bermula 1 Ogos 2022.

Langkah itu bagi memudahkan bayaran cukai pegangan beramaun kecil yang berulang-ulang bagi kategori pendapatan faedah atau royalti dibayar kepada penerima tidak bermastautin.

Begitu juga bagi pendapatan tertentu kelas khas yang dibayar kepada penerima tidak bermastautin di bawah Seksyen 109B Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967.

ACP 1967 sebelum ini menetapkan pembayar perlu meremit cukai pegangan telah dipotong bagi setiap transaksi kepada HASiL dalam tempoh sebulan dari tarikh bayaran dibuat.

Amaun potongan perlu diremit bersama borang bayaran

CP37 atau CP37D yang telah disediakan. Kini pembayar cukai boleh membayarnya sekali dalam setiap tempoh enam bulan.

Namun bagi amaun bayaran cukai pegangan bernilai tidak melebih RM500 bagi sesuatu transaksi dan bayaran cukai pegangan serta pengemukaan borang bayaran boleh dilakukan dalam hanya satu borang mengikut tempoh berikut.

a) Pada atau sebelum 30 Jun bagi transaksi bayaran yang dilakukan kepada penerima tidak bermastautin antara 1 Disember tahun sebelum hingga 31 Mei tahun semasa.

b) Pada atau sebelum 31 Disember bagi transaksi bayaran yang dilakukan kepada penerima tidak bermastautin antara 1 Jun hingga 30 November tahun semasa.

Pembayar cuma dinasihatkan untuk menyimpan senarai penerima bayaran cukai pegangan amaun kecil yang berkaitan untuk disemak oleh HASiL sekiranya perlu.

Perkembangan ini membuktikan HASiL sentiasa cakna terhadap keselesaan pembayar cukai dengan sentiasa memperkenalkan dasar-dasar yang relevan dengan perkembangan semasa.

Ternyata juga HASiL bukanlah sebuah organisasi yang “rigid” dalam soal percukaian, sebaliknya sentiasa berusaha memperlihatkan sebuah perkhidmatan yang mesra rakyat.

-Mynewshub

Tags: hasilLHDNMpembayar cukai
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

5 Sebab Kenapa Usahawan Kecil Wajib Ambil Berat Soal Cukai

5 Sebab Kenapa Usahawan Kecil Wajib Ambil Berat Soal Cukai

01/11/2025
0

5 Sebab Kenapa Usahawan Kecil Wajib Ambil Berat Soal Cukai Cukai bukan beban, tapi pelindung bisnes anda! Kalau nak perniagaan...

Panduan Lengkap Cukai Korporat di Malaysia: Apa yang Setiap Syarikat Perlu Tahu?

Panduan Lengkap Cukai Korporat di Malaysia: Apa yang Setiap Syarikat Perlu Tahu?

02/10/2025
0

Cukai korporat adalah tanggungjawab utama setiap syarikat yang berdaftar di Malaysia. Ia bukan sahaja menjadi satu sumber utama hasil negara,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd