• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Lagi Didakwa Culik Warga Palestin

oleh AK-47
26/10/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Dua Lagi Didakwa Culik Warga Palestin
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Dua lagi individu dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, berhubung kejadian culik seorang lelaki Palestin bagi mendapatkan maklumat berkaitan perisian untuk menggodam telefon bimbit, bulan lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan terhadap tertuduh, Mohd Zaidi Mohd Zain ,54, dan Tengku Hazarul Ismail Tengku Hamid, 49, kerana kes itu di bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.

Pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Wong Chai Sia.

Berdasarkan pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa dengan secara niat bersama menahan Omar Z M Albelbaisy Raeda, 31, dengan cara tidak berpatutan untuk mendapatkan ganjaran iaitu rahsia maklumat membuat dan menyahaktif perisian komputer yang digunakan untuk menggodam telefon bimbit.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Jalan Mayang di sini, jam 10.40 malam pada 28 September lalu.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan hukuman mati atau dipenjara seumur hidup, dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kamarul Aris Kamaluddin.

Tiada jaminan dibenarkan kerana kesalahan itu tidak boleh diikat jamin.

Mahkamah kemudian menetapkan 15 Disember ini bagi sebutan semula kes.

Pada 14 Oktober lalu, media melaporkan 11 individu termasuk seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan sama.

Sebelum itu, seorang lelaki warga Palestin yang diculik menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) berjaya diselamatkan dalam kejadian pada 28 September lalu.

Mangsa dipercayai ahli perniagaan itu berjaya diselamatkan menerusi serbuan berasingan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada 29 September.

-Harian Metro

Tags: culikPalestinTahan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Empat Individu Termasuk Seorang Wanita Ditahan Bersama Dadah

Empat Individu Termasuk Seorang Wanita Ditahan Bersama Dadah

06/12/2025
0

Kulai: Polis menahan empat individu termasuk seorang wanita bersama rampasan dadah di Taman Sungai Mas di sini, kelmarin. Ketua Polis...

Yasser Abu Shabab – Pengkhianat Bangsa Palestin Maut Dibunuh 

Yasser Abu Shabab – Pengkhianat Bangsa Palestin Maut Dibunuh 

05/12/2025
0

Oleh Mynewshub  Gaza/Al-Quds – Yasser Abu Shabab, individu yang selama ini digelar sebagai pengkhianat oleh penduduk Gaza kerana didakwa bersekongkol...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd