• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cari Ketam, Jumpa Mayat

oleh Mohd Arshad
23/10/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Cari Ketam, Jumpa Mayat
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU : Seorang pencari ketam terkejut selepas menemui mayat terdampar di tepi laut Teluk Sepanggar, di sini, malam tadi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Mayat lelaki yang belum dikenal pasti identitinya itu ditemui kira-kira jam 8 malam sebelum menghubungi polis untuk memaklumkan penemuan berkenaan.

Difahamkan, mayat yang dipercayai berusia dalam lingkungan 30 hingga 40-an itu ditemui dalam keadaan tidak berbaju dan memakai ‘goggles’ renang serta berseluar pendek dan bersarung tangan.

Turut ditemui di tempat kejadian, sehelai baju yang diletakkan di atas batu di tepi pantai dipercayai milik mangsa.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat berkenaan.

Katanya, setakat ini siasatan awal mendapati tiada sebarang kecederaan atau unsur jenayah pada mayat mangsa.

“Mangsa dipercayai lemas ketika mencari ketam di lokasi kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) untuk bedah siasat.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung mangsa boleh menghubungi pegawai penyiasat, Ketua Polis Balai Manggatal, Sub-Inspektor Badrizaman Abdol Rahman,” katanya.

-Berita Harian

Tags: KetamMayat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Mayat Mungkin Hanyut Ke Laut Jika Tak Tersekat Di Perangkap Sampah’ – Ketua Polis Dang Wangi

‘Mayat Mungkin Hanyut Ke Laut Jika Tak Tersekat Di Perangkap Sampah’ – Ketua Polis Dang Wangi

21/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Mayat lelaki yang dihanyutkan kepala air di Sungai Klang, di sini, Isnin lalu ditemukan tersangkut pada perangkap sampah...

Mayat Mangsa Dihanyut Arus Sejauh 65 KM

Mayat Mangsa Dihanyut Arus Sejauh 65 KM

21/11/2025
0

KUALA LUMPUR - Mayat mangsa yang dihanyutkan arus deras Sungai Klang berhampiran Jambatan Saloma di sini ditemui dalam jarak 65...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd