• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bubar Parlimen Petang Ini?

oleh AK-47
10/10/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Bubar Parlimen Petang Ini?
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka akan mengumumkan pembubaran Parlimen petang ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Mengikut jadual hari ini, Ismail Sabri akan menghadiri Perhimpunan Agung MIC Di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada jam 2.30 petang.

Dan sudah tentu pengamal media masih menunggu sama ada pengumuman itu dibuat dalam majlis sama atau program berasingan.

Sinar Harian sebelum ini difahamkan, Ismail Sabri telah pun menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada petang Ahad untuk memohon pembubaran Parlimen sejurus sebelum baginda berangkat ke London, pada malam Ahad.

Al-Sultan Abdullah dijadual membuat kunjungan hormat kepada Raja Britain, Raja Charles III dalam lawatan khas baginda ke London bermula esok hingga 16 Oktober ini.

Ismail Sabri dijangka mengadakan pertemuan dengan jemaah menteri dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bagi memaklumkan bahawa beliau sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen sekali gus memberi laluan kepada PRU15 diadakan dalam masa terdekat.

Adalah difahamkan juga Istana Negara akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai keputusan Yang di-Pertuan Agong berkenan membenarkan Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat.

Jika pengumuman pembubaran Parlimen dibuat petang ini maka senario ini lebih kurang sama dengan situasi pada 1999.

Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan pembubaran Parlimen sekitar 10 November, selepas bajet dibentang di Dewan Rakyat pada 29 Oktober.

Secara logik, beberapa petunjuk yang memberi bayangan bahawa PRU15 tetap akan diadakan dalam masa terdekat sebenarnya secara tidak langsung telah jelas kelihatan.

Contoh pertama, Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 (Akta A1663) yang melarang Ahli Dewan Rakyat bertukar parti, telah berkuat kuasa bermula 5 Oktober lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata Akta A1663 mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 31 Ogos dan diwartakan pada 6 September lalu.

-Sinar Harian

Tags: Bubar ParlimenPRU-15
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Tanya Dia, Dia Bagi Kat Siapa Duit Tu’, Reaksi Sanusi Kepada Dakwaan Marzuki

‘Tanya Dia, Dia Bagi Kat Siapa Duit Tu’, Reaksi Sanusi Kepada Dakwaan Marzuki

17/09/2025
0

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan beliau tidak pasti pihak mana yang menerima dana...

Rakaman Video Pengundi Bersumpah Undi PAS Dikemuka Pempetisyen Dalam Perbicaraan

Rakaman Video Pengundi Bersumpah Undi PAS Dikemuka Pempetisyen Dalam Perbicaraan

19/03/2023
0

KUALA TERENGGANU: Rakaman video memaparkan seorang lelaki meminta pengundi bersumpah mengundi PAS, antara yang dikemukakan pihak pempetisyen ketika perbicaraan Petisyen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd