• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bajet 2023 Dibentang Semula Sebelum Akhir Tahun

oleh Mohd Arshad
17/10/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Bajet 2023 Dibentang Semula Sebelum Akhir Tahun
Share on FacebookShare on Twitter

TAPAH : Bajet 2023 akan dibentangkan semula sebelum hujung tahun ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beliau berkata, pembentangan semula itu ekoran bajet berkenaan belum sempat dibahaskan berikutan pembubaran Parlimen.

“Kita sudah umumkan bajet, macam-macam yang kita mahu beri kepada rakyat, semua kita mahu bagi yang mana orang kampung paling banyak dapat. Tetapi, kita belum luluskan lagi bajet itu dan kita kena bentang lagi sekali sebelum akhir tahun ini.

“Kalau orang lain perintah, saya tidak jamin dapat apa yang dijanjikan. Jika kita perintah, saya lagi jadi Perdana Menteri, insya-Allah, semua bajet yang dibentangkan kita luluskan,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Peserta Felcra Berhad, Pekebun Kecil Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) dan Warga Orang Asli di Arena Merdeka, di sini hari ini.

Yang hadir sama Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Menurut Ismail Sabri, inisiatif di dalam bajet tidak sama seperti janji manifesto kerana apabila ia sudah dibentangkan, bermakna kerajaan mempunyai wang bagi melaksanakannya.

“Ada beza antara bajet belum lulus dengan manifesto. Manifesto ini janji, bak kata orang itu, janji bukan kitab suci. Hari ini janji harga minyak diturunkan tapi tidak turun, itu janji. Tetapi bajet apabila dibentangkan bermakna duit sudah tersedia. Cuma tunggu lulus sahaja, bila sudah lulus, terus boleh laksanakan,” katanya.

-Utusan Online

Tags: Bajet 2023Bentang Semula
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peruntukan RM20 Juta Bina Litar Lumba Drag Tak Pernah Diluluskan Parlimen

Peruntukan RM20 Juta Bina Litar Lumba Drag Tak Pernah Diluluskan Parlimen

29/05/2023
0

KUALA LUMPUR: Peruntukan RM20 juta bagi membangunkan satu litar lumba drag di setiap negeri dibentang kerajaan terdahulu pada Bajet 2023...

Nelayan Harap Elaun Naik, Diberi Subsidi Peralatan

Nelayan Harap Elaun Naik, Diberi Subsidi Peralatan

23/02/2023
0

GEORGETOWN - Seramai lebih 6,000 nelayan di Pulau Pinang berharap agar kerajaan memberi penekanan terhadap beberapa isu utama yang dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd