• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Rasmi Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2022

oleh Mohd Arshad
22/10/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Agong Rasmi Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2022
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah merasmikan sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Peringkat Kebangsaan 2022 di sini, hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Baginda diiringi Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Tengku Panglima Raja, Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah.

Turut hadir, Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Mohd Shahar Abdullah dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail serta barisan kepimpinan kerajaan negeri.

HASN yang disambut setiap 21 Oktober setiap tahun mengekalkan tema ‘Alam Sekitar, Tanggungjawab Bersama’ dengan tambahan slogan ‘Menyantuni Alam Sekitar dan Keluarga Malaysia’.

Kementerian Alam Sekitar dan Air dalam kenyataan menggesa rakyat Malaysia menjadi ‘mata dan telinga’ bagi membantu membanteras kegiatan yang merosakkan alam sekitar.

Penyertaan masyarakat menerusi aktiviti pemeliharaan alam seperti penanam pokok, gotong-royong berkaitan alam sekitar, mengurangkan penggunaan plastik sekali guna, selain program pendidikan seperti membudayakan gaya hidup lestari amat digalakkan.

Sempena HASN juga, pelbagai aktiviti dianjurkan termasuk pertandingan mewarna dan reka cipta bahan kitar semula, pengumpulan buangan kitar semula, Kempen Hindari Plastik Sekali Guna, pelancaran buku Islam dan Alam Sekitar serta penyampaian Anugerah Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) Peringkat Kebangsaan 2020/2022.

Bernama-

Tags: Hari Alam Sekitar Negara 2022Yang di-Pertuan Agong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Fenomena Cuaca Panas: Agong Nasihat Rakyat Ambil Langkah Berjaga-Jaga

Fenomena Cuaca Panas: Agong Nasihat Rakyat Ambil Langkah Berjaga-Jaga

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, bertitah menasihatkan rakyat supaya mengambil langkah berjaga-jaga berikutan keadaan cuaca panas yang...

KPM Junjung Titah Yang Di-Pertuan Agong

KPM Junjung Titah Yang Di-Pertuan Agong

19/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) menjunjung kasih atas titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, yang menyentuh mengenai pendidikan negara sempena...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd