• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Kecewa Dengan Politik Semasa, Titah PRU15 Disegerakan

oleh Mohd Arshad
10/10/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Agong Kecewa Dengan Politik Semasa, Titah PRU15 Disegerakan
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjalankan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam tempoh terdekat.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, titah tersebut adalah mengambil kira Monsun Timur Laut yang diramal bermula pertengahan bulan November 2022.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengemukakan sembah permintaan beliau untuk perkenan Seri Paduka Baginda bagi pembubaran Parlimen ke-14 berkuat kuasa pada 10 Oktober 2022.

“Setelah memperhalusi permintaan tersebut, maka Seri Paduka Baginda selaras dengan kuasa-kuasa Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong sepertimana yang termaktub di bawah Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan telah memperkenankan permintaan YAB Perdana Menteri bagi pembubaran Parlimen ke-14.

“Seri Paduka Baginda menzahirkan rasa kecewa dengan perkembangan politik semasa dan baginda tidak mempunyai pilihan selain memperkenankan permintaan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi memulangkan kembali mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang stabil.

“Justeru, Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan agar SPR menjalankan PRU15 dalam tempoh terdekat dengan mengambil kira Monsun Timur Laut yang diramal bermula pertengahan bulan November 2022,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Ahmad Fadil menambah, Seri Paduka Baginda menegaskan bahawa negara yang kukuh adalah penting bagi menjamin kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi yang berterusan demi kesejahteraan negara dan rakyat, secara keseluruhannya.

“Seri Paduka Baginda mengajak rakyat bersama mendoakan agar negara dan rakyat sentiasa dirahmati, diberkati dan dilindungi daripada sebarang bentuk musibah, khususnya bencana banjir,” katanya.

Ismail Sabri mengumumkan pembubaran Parlimen ke-14 dalam Perutusan Khas pada Isnin.

“Pembubaran ini dilaksanakan bagi menoktahkan suara- suara yang selama ini meratib keabsahan kerajaan, kerajaan pintu belakang dan kerajaan tebuk atap,” katanya.

SinarHarian-

Tags: PRU-15SPRYang di-Pertuan Agong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Fenomena Cuaca Panas: Agong Nasihat Rakyat Ambil Langkah Berjaga-Jaga

Fenomena Cuaca Panas: Agong Nasihat Rakyat Ambil Langkah Berjaga-Jaga

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, bertitah menasihatkan rakyat supaya mengambil langkah berjaga-jaga berikutan keadaan cuaca panas yang...

KPM Junjung Titah Yang Di-Pertuan Agong

KPM Junjung Titah Yang Di-Pertuan Agong

19/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) menjunjung kasih atas titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, yang menyentuh mengenai pendidikan negara sempena...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd