• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ADUN Sungai Tiang Letak Jawatan Exco Kedah Serta-Merta

oleh AK-47
13/10/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
ADUN Sungai Tiang Letak Jawatan Exco Kedah Serta-Merta
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaacob mengumumkan peletakkan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah berkuatkuasa serta-merta.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Suraya yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air, dan Tenaga negeri sejak empat penggal pada 2004, mengumumkan peletakkan jawatan melalui satu kenyataan yang diedarkan kepada media sebaik selesai mesyuarat exco di diadakan di Kompleks Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah, pada Khamis.

Melalui kenyataan tersebut, beliau merakamkan penghargaan kepada barisan exco serta kepimpinan kerajaan negeri Kedah, semua jabatan dan agensi kerajaan yang selama ini memberikan kerjasama erat bagi memastikan pelaksanaan dasar kerajaan negeri direalisasikan.

Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah atas perkenan Tuanku melantik saya ke jawatan berkenaan.

“Setinggi penghargaan juga kepada barisan rakan exco serta kepimpinan Kerajaan Negeri Kedah, semua jabatan dan agensi kerajaan, khususnya Jabatan Kerja Raya (JKR), Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK), Syarikat Air Darulaman (SADA), Tenaga Nasional Berhad (TNS), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), para NGO, individu dan seluruh rakyat negeri Kedah, yang selama ini memberikan kerjasama erat bagi memastikan pelaksanaan dasar kerajaan negeri bawah bidang portfolio saya dapat direalisasikan sebaik mungkin.

“Berjiwa besar, pastinya saya tidak akan lupa pada segala cabaran dan pengalaman membantu penyelarasan mempercepatkan projek menaiktaraf lima Loji Rawatan Air (LRA) yang tertangguh akibat dihentikan kerajaan negeri terdahulu, menyaksikan terimaan manfaat bernilai RM2.62 bilion atas penstrukturan semula industri air negeri Kedah, meliputi penghapusan hutang RM1.82 bilion dan selebihnya bagi kos membina dua buah LRA baharu di Sidam Kiri dan Kodiang, ” katanya melalui kenyataan tersebut.

Jelas Suraya, antara pengalaman berharga beliau pada penggal ini adalah membantu menyediakan sumber air tambahan buat rakyat Kedah melibatkan dua Takungan Air Pinggiran Sungai TAPS (ORS 7 dan 9) untuk dibangunkan bagi kegunaan menakung air lebihan yang melimpah ruah ketika musim tengkujuh untuk kegunaan ketika musim kemarau.

“Paling mencabar, sudah tentu saya dan rakan bertungkus-lumus menghadapi cabaran bencana banjir kepala air di daerah Yan dan Baling, tragedi ban pecah di Sungai Santap dan krisis air pada kemarau 2021.

“Namun Alhamdulillah, berkat kesabaran, keikhlasan dan jati diri selaku anak jati Kedah, saya yakin diri ini telah memberikan sepenuh komitmen dan bekerja keras sedaya mungkin sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah, sebagaimana yang diamanahkan kerajaan negeri dan rakyat negeri Kedah,” katanya.

Bagaimanapun, usaha Sinar Harian untuk mendapatkan ulasan dari Suraya tidak berhasil apabila beliau bergegas terlebih dahulu meninggalkan Kompleks MPSPK sebelum didekati media.

-Sinar Harian

Tags: ADUN Sungai TiangExco Kedahletak jawatan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

TH Optimis Kuota Jemaah Negara Meningkat Menjelang 2030

Next Post

PAS Pilih Perikatan Nasional

Related Posts

Seorang Lagi Pemimpin PKR Berundur Kabinet, Nik Nazmi Letak Jawatan Menteri

Seorang Lagi Pemimpin PKR Berundur Kabinet, Nik Nazmi Letak Jawatan Menteri

28/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan sudah menghantar surat peletakan jawatan kepada...

Ketua DAP Melaka Letak Jawatan

Ketua DAP Melaka Letak Jawatan

08/06/2024
0

Tey Kok Kiew melepaskan jawatan sebagai Pengerusi DAP Melaka pada 6 Jun lalu dan tempatnya digantikan oleh naib pengerusi Khoo...

Next Post
PAS Pilih Perikatan Nasional

PAS Pilih Perikatan Nasional

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd