• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

92 Terbunuh Dalam Demonstrasi Antikerajaan Yang Berlanjutan Di Iran

oleh Mohd Arshad
03/10/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
92 Terbunuh Dalam Demonstrasi Antikerajaan Yang Berlanjutan Di Iran
Share on FacebookShare on Twitter

TEHRAN – Sekurang-kurangnya 92 orang terbunuh dalam pertempuran ganas di Iran semasa protes antikerajaan yang dicetuskan oleh kematian Mahsa Amini, lapor portal berita MailOnline semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Mahsa, 22, meninggal dunia pada 16 September lalu ketika dalam tahanan polis selepas dia diberkas kerana tidak memakai tudung dengan sempurna.

Ketika protes memasuki minggu ketiga semalam, kumpulan Hak Asasi Manusia Iran (IHR) berkata, sekurang-kurangnya 92 orang telah terbunuh.

Pertempuran antara peserta tunjuk perasaan dan anggota pasukan keselamatan meningkat di bandar-bandar di seluruh Iran selama 16 malam berturut-turut. Protes itu mula tercetus di wilayah-wilayah barat yang menempatkan kediaman Mahsa serta penduduk Kurdis.

Sebilangan wanita di Iran bertindak membakar tudung mereka ketika protes yang berlaku di lebih 150 bandar di seluruh negara.

Peserta tunjuk perasaan turut melempar bom api dan menyerang ibu pejabat akhbar harian ultrakonservatif Iran, Kayhan, di Teheran kelmarin.

Protes tersebut terus berlanjutan dengan 41 orang terbunuh dalam pertempuran di tenggara Iran iaitu sebuah kawasan bersempadan dengan Afghanistan dan Pakistan pada Jumaat lalu, kata IHR.

Demonstrasi di tenggara Iran itu pula berlaku selepas seorang ketua polis wilayah tersebut dituduh memperkosa seorang remaja perempuan di Zahedan.

IHR menuduh anggota keselamatan Iran sebagai menggunakan ‘kekerasan berdarah’ untuk mematahkan protes di Zahedan yang berlaku selepas solat Jumaat.

Kosmo-

Tags: Mahsa Aminiprotes antikerajaanTerbunuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jurukamera Al Jazeera Terbunuh Ketika Buat Liputan Konflik Gaza

Jurukamera Al Jazeera Terbunuh Ketika Buat Liputan Konflik Gaza

16/12/2023
0

GAZA CITY : Seorang pengamal media terbunuh manakala rakan sekerjanya cedera dalam serangan Israel ketika membuat liputan di Semenanjung Gaza,...

Bank Negara Keluar Notis Ancaman Serangan Penggodam Pro-Israel

Lebih 480 Terbunuh Serangan Udara Terbaharu Di Gaza

27/10/2023
0

GAZA: Sekurang-kurangnya 481 orang terbunuh dalam serangan udara Israel sepanjang tempoh 24 jam yang lalu, lapor pihak berkuasa kesihatan Gaza....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd