• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1MDB Dibenar Serah Saman Kepada Kakak Jho Low Di Singapura

oleh Mohd Arshad
25/10/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
1MDB Dibenar Serah Saman Kepada Kakak Jho Low Di Singapura
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melaksanakan penyampaian ganti bagi menyerahkan writ saman AS$3.78 bilion kepada kakak ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low yang berada di Singapura.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz membenarkan perintah penyampaian ganti terhadap Low May Lin dibuat melalui pengiklanan dalam akhbar The Straits Times di republik berkenaan.

Beliau memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan 1MDB bagi mendapatkan perintah tersebut yang sebelum ini ditolak oleh Penolong Kanan Pendaftar Haslinda A. Raof pada 13 Oktober lalu.

Penyampaian ganti merupakan proses penyampaian dokumen dalam litigasi awam berbentuk surat, iklan atau sebarang kaedah lain yang membolehkan prosiding mendapat perhatian pihak defendan oleh kerana penyampaian dokumen secara peribadi tidak dapat dilakukan.

Peguam K. Siva Kumar yang mewakili 1MDB memberitahu wakil media, penyampaian writ saman secara peribadi di alamat terakhir May Lin di Singapura telah dilakukan sebanyak dua kali.

Jelas beliau, penghantaran surat temu janji kali kedua bagaimanapun gagal selepas pihaknya dimaklumkan wanita tersebut tidak lagi tinggal di alamat berkenaan.

“Oleh kerana penyampaian secara peribadi tidak praktikal maka kami memohon untuk penyampaian ganti selaras dengan Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012,” jelas Siva Kumar.

Menurut peguam tersebut, mahkamah menetapkan 28 Oktober ini untuk pengurusan kes bagi memaklumkan perkembangan penyerahan writ saman secara penyampaian ganti.

Dalam pada itu, Siva Kumar turut memberitahu, penyampaian writ saman kepada adik lelaki Jho Low, Taek Szen yang berada di Hong Kong telah diserahkan pada 30 Ogos lalu berdasarkan alamat terakhirnya.

Selain Taek Szen, writ saman juga telah diserahkan kepada Jho Low, bapa beliau Tan Sri Larry Low Hock Peng, ibunya Puan Sri Goh Gaik Ewe dan rakan sekutu Jho Low, Eric Tan Kim Loong.

Pada 7 Mei 2021, 1MDB dan empat anak syarikatnya, 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy Limited, 1MDB Energy (Langat) Limited dan Global Diversified Investment Company Limited yang sebelum ini dikenali sebagai 1MDB Global Investments Limited, memfailkan saman terhadap keenam-enam defendan itu.

Berdasarkan writ itu, 1MDB menuntut AS$661 juta daripada Jho Low dan masing-masing AS$41 juta, AS$397 juta, AS$608 juta dan AS$1.9 bilion daripada Jho Low dan Eric Tan serta AS$325 juta daripada Jho Low dan ayahnya.

1MDB Global Investments Limited pula menuntut AS$630 juta daripada Hock Peng, Jho Low dan Eric Tan serta AS$2 juta daripada Taek Szen, Jho Low dan Eric Tan.

Plaintif turut menuntut AS$3.5 juta daripada May Lin and Jho Low serta AS$1.695 juta daripada Goh, Jho Low dan Eric Tan berhubung pembelian barang kemas serta keuntungan rahsia selain AS$25.5 juta daripada Jho Low, Eric Tan, Hock Peng dan Taek Szen.

-Utusan Online

Tags: 1MDBJho LowsamanSingapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

02/01/2026
0

Kangar: Setelah lama mendiamkan diri di sebalik kemelut politik yang melanda Perlis, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis secara...

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd