• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

110 Penumpang Kereta Api Terkandas Tanah Runtuh Selamat Pulang

oleh Mohd Arshad
11/10/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
110 Penumpang Kereta Api Terkandas Tanah Runtuh Selamat Pulang
Share on FacebookShare on Twitter

PAPAR : Seramai 110 penumpang yang terkandas dalam kereta api akibat tanah runtuh di landasan Terowong Dambai, di sini, semalam berjaya diselamatkan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka berkata, semua mangsa kemudian dibawa menggunakan kenderaan polis dan agensi lain untuk dihantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar bagi pemeriksaan kesihatan.

Katanya, semua penumpang dalam keadaan baik dan mereka kemudian dihantar pulang ke kediaman masing-masing, kira-kira jam 10.30 malam.

“Kebanyakan penumpang yang terkandas dalam kejadian itu tinggal di kawasan Papar dan Beaufort.

“Ada penumpang dihantar menggunakan kenderaan Majlis Daerah Papar dan ada juga diambil oleh keluarga mereka,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kamaruddin berkata, kerja pembersihan lokasi runtuhan masih giat dilakukan.

Katanya, gerabak kereta api sudah berjaya dikeluarkan dan dihantar ke Stesen Keretapi Kawang.

Sementara itu, menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) di laman Facebook kerja menarik jentera lokomotif kereta api yang tersekat di Terowong Dambai, di sini, berjaya dilaksanakan pagi tadi.

“Kerja pembersihan landasan yang tertimbus dengan tanah dan pokok sedang giat dijalankan oleh kakitangan JKNS,” katanya.

Operasi berkenaan dijalankan oleh kakitangan JKNS bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Majlis Daerah Papar.

Dalam kejadian jam 6.30 petang semalam, kereta api yang dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Papar terkandas akibat tanah runtuh di landasan Terowong Dambai, Papar.

Lokasi kejadian kira-kira tujuh kilometer dari pekan Papar.

Susulan itu, lima perjalanan yang dijadual hari ini dibatalkan.

Antara jadual yang terjejas adalah perjalanan pada jam 5 pagi, 7 pagi dan 11 pagi yang menghubungkan Beaufort dan Sembulan.

-Berita Harian

Tags: Kereta Api Terkandastanah runtuh
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kadar Pengangguran Kekal 3.7 Peratus

Next Post

HASiL Mahu Tangani Ekonomi Bayangan

Related Posts

Tanah Runtuh: Polis Minta Penghuni 20 Unit Rumah Di Taman Melawati Berpindah

Tanah Runtuh: Polis Minta Penghuni 20 Unit Rumah Di Taman Melawati Berpindah

15/10/2024
0

AMPANG JAYA: Kejadian tanah runtuh di lereng bukit di Taman Melawati, di sini, telah menyebabkan beberapa kawasan kediaman di Jalan...

Sebabkan Kematian Danial, Nasib Wei Liang Diketahui Khamis Ini

Lebih 60 Maut Tanah Runtuh Di Tanzania

05/12/2023
0

DAR ES SALAAM: Sekurang-kurangnya 68 orang maut dalam kejadian tanah runtuh di utara Tanzania, berikutan hujan lebat sejak Sabtu, lapor...

Next Post
HASiL Mahu Tangani Ekonomi Bayangan

HASiL Mahu Tangani Ekonomi Bayangan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd