• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Vaksin COVID-19 Varian Baharu, Untuk Kanak-Kanak Sakit Kronik, Warga Emas

oleh Mohd Arshad
13/09/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Vaksin COVID-19 Varian Baharu, Untuk Kanak-Kanak Sakit Kronik, Warga Emas
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Kementerian Kesihatan (KKM) akan membuat perolehan bagi vaksin COVID-19 varian baharu, khusus untuk kanak-kanak yang mempunyai penyakit kronik serta warga emas.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menterinya, Khairy Jamaluddin, berkata vaksin versi baharu itu tidak diberikan kepada semua berikutan situasi COVID-19 di negara ini ini yang dalam keadaan stabil.

“Kita tidak akan membuat kempen secara besar-besaran seperti sebelum ini untuk pengambilan vaksinasi kerana kita dapati, golongan muda ini apabila dijangkiti COVID-19, gejalanya tidak teruk dan berkurangan apabila menerima dos tambahan.

“Vaksin ini kita fokuskan kepada golongan berisiko tinggi. Apabila keputusan untuk perolehan ini kita dapat, KKM akan umumkan, termasuk membabitkan perolehan vaksin kepada kanak-kanak bawah lima tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penerimaan Anugerah Malaysia Book Of Records dan Pelancaran Laporan Record Breaking COVID-19 Vaccination, di kementeriannya, hari ini.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, Bahagian Kesihatan Awam dan Bahagian Pediatrik sudah diminta untuk mengunjurkan data pesakit komorbid dan kanak-kanak berisiko di negara ini.

“Itu semua dalam pangkalan data kami dan kita akan mengumpulkan data berkenaan sebelum membuat sebarang perolehan.

“Data itu membolehkan kita mendapatkan vaksin yang secukupnya kerana kita tidak mahu mengulangi membuat pesanan melebihi kegunaan seperti yang berlaku pada vaksin jenis Pfizer dan COVAX.

“Pemberian vaksin ini adalah percuma. Bagi kanak-kanak bawah lima tahun, ia mungkin diberikan melalui KKM iaitu di wad pediatrik,” katanya.

Sementara itu, mengenai majlis berkenaan, Khairy berkata, ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth) bersama KKM melakar sejarah apabila diiktiraf dalam Malaysia Book of Records sebagai Most Vaccination Doses Administered In A Day (pemberian vaksin tertinggi sehari) menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), yang dijalankan sejak Februari tahun lalu.

Jumlah pemberian vaksin tertinggi yang pernah direkodkan di negara ini adalah pada 28 Julai 2021, dengan 581,566 dos diberikan dalam masa sehari.

Hasil kerjasama antara ProtectHealth dengan KKM dalam menerajui PICK itu, sebanyak 72 juta dos vaksin berjaya diberikan kepada rakyat Malaysia, meliputi warga emas, remaja dan kanak-kanak.

-Berita Harian

Tags: Covid-19Kanak-Kanak Sakit Kronikvaksin covid-19warga emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

19/01/2026
0

Putrajaya: Seorang penoreh getah terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati atas kesalahan membunuh dua lelaki warga...

Duda Warga Emas, Ibu Tunggal Ditahan Berkhalwat

Duda Warga Emas, Ibu Tunggal Ditahan Berkhalwat

01/09/2025
0

Melaka: Lapan pasangan dicekup berkhalwat menerusi Operasi Cegah Jenayah Syariah (OCJS) di beberapa hotel sekitar Bandaraya Melaka, awal pagi semalam....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd